Bayi baru dilahirkan kehilangan ibu, nenek dan datuk akibat Covid-19

Bayi baru dilahirkan kehilangan ibu, nenek dan datuk akibat Covid-19
Bayi baru dilahirkan kehilangan ibu, nenek dan datuk akibat Covid-19
A
A
A

COVID-19 menyerang tidak mengira siapa.

Seperti yang terjadi kepada seorang ibu di Rusia yang terpaksa melahirkan bayinya di ventilator.

Menurut laporan Mirror UK, Svetlana Sorochinskaya, 36, dari St Petersburg, meninggal dunia sejurus melahirkan bayi lelaki beberapa hari selepas bapanya maut dijangkiti virus itu.

Katanya, bapanya, Kirey Pinchin, 64, dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan.

Namun, selepas lapan hari keluar dari wad, lelaki itu meninggal dunia akibat Covid-19 pada 5 November lalu.

Difahamkan Svetlana dijangkiti virus itu ketika mengunjungi ayahnya di hospital.

Lagi menyedihkan ibunya, Vera,62, turut maut akibat Covid-19 pada 12 November.

Menurut laporan itu, Svetlana terpaksa melahirkan bayi pramatangnya, enam minggu awal daripada tarikh jangkaan.

Namun setelah beberapa jam melahirkan Svetlana meninggal dunia.

Sekarang bayi itu menjadi satu-satunya ahli keluarganya yang terselamat daripada Covid-19.

Baca juga Hamilton sah positif Covid-19 selepas 4 kali ujian

Turut difahamkan bayi tersebut masih di bawah jagaan hospital kerana terpaksa ditempatkan di dalam inkubator dengan bantuan alat pernafasan.

Menurut sepupu Svetlana, setelah ibu dan nenek serta datuk bayi itu meninggal dunia, tampil seorang lelaki mengakui dia adalah bapa kepada bayi berkenaan.

Bagaimanapun, dia berkata, ahli keluarga perlu menunggu keputusan ujian DNA (asid deoksiribonukleik) bagi membuktikan dakwaan individu terbabit.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang