Hamilton sah positif Covid-19 selepas 4 kali ujian

Hamilton sah positif Covid-19 selepas 4 kali ujian
Hamilton sah positif Covid-19 selepas 4 kali ujian
A
A
A

"HAI guys, saya kecewa kerana tidak dapat sertai perlumbaan minggu ini."

Begitulah perkongsian juara tujuh kali Formula Satu (F1), Lewis Hamilton yang disahkan positif Covid-19.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, dia menyatakan kecewa tidak dapat beraksi Grand Prix (GP) Sakhir di Bahrain minggu ini.

Kata Hamilton, dia dan pasukan telah mengamalkan semua langkah pencegahan virus itu dengan baik sejak Jun yang lalu.

"Setelah negatif pada tiga ujian Covid-19 sebelum ini, semalam (30 November) saya bangun dengan merasakan simptom ringan virus itu.

"Saya terus menjalani ujian yang ke empat dan ia adalah positif dan terus menjalani pengasingan diri selama 10 hari," tulisnya.

Katanya lagi, dia terkilan tidak dapat berlumba namun keutamaannya adalah mengikuti nasihat dan protokol untuk memutuskan rangkaian Covid-19.

"Saya bertuah kerana saya rasa ok dengan hanya simptom ringan dan akan membuat yang terbaik untuk kekal sihat dan cergas," jelasnya.

Hamilton turut berpesan kepada orang ramai supaya jaga diri.

"Ini adalah masa yang membimbangkan bagi semua orang dan kita perlu memastikan bahawa kita menjaga diri dan satu sama lain. Tetap berfikiran positif," katanya lagi.

Baca juga [VIDEO] Gangguan internet, 42 rider Food Panda hantar pesanan serentak, nasib ada jiran tolong beli

Sementara itu, Twitter F1 turut membuat ciapan mengatakan Hamilton kehilangan peluang sertai Grand Prix Sakhir hujung minggu ini di Bahrain selepas positif Covid-19.

Perlumbaan itu akan berlangsung pada Jumaat hingga Ahad.

Pasukan Hamilton, Mercedes, turut telah mengesahkan perkara itu.

Hamilton adalah pelumba F1 ketiga yang dijangkiti Covid-19 selepas pelumba Mexico, Sergio Perez dan Kanada, Lance Stroll.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang