'Bayi dah keluar, tinggal nak jahit.' Live ketika pesakit bersalin, dua jururawat dipecat

No Image Caption
A
A
A

PETUGAS kesihatan dan etika berpisah tiada. Namun lain pula ceritanya dengan dua jururawat ini yang sanggup mengadakan sesi penstriman langsung ketika bertugas dalam dewan bedah semata-mata ingin mengejar view laman sosial.

Menerusi video yang dirakam dan dimuat naik semula, dua jururawat lelaki sebuah hospital di Jawa Barat dikenali sebagai K dan R live membantu proses kelahiran seorang ibu hamil secara Caesarean pada 23 Mei lalu.

No Image Caption



"R sedang bekerja itu di belakang guys. Sudah keluar bayinya guys, tinggal jahit.

"Bayi lelaki anaknya,” kongsi K.


Tidak hanya sempat live, mereka malah sempat membaca komen-komen daripada warga maya.

Pelbagai reaksi diterima termasuk ramai yang mengecam tindakan berkenaan namun mereka menjelaskan live berkenaan berkenaan tiada salahnya kerana wajah pesakit tidak kelihatan.

Gambar hiasan
Gambar hiasan



"Kenapa live semasa bekerja. Kamu berdua sedang handle nyawa pesakit. Mana etika?"

Artikel Berkaitan:


"Bagaimana boleh pegang telefon bimbit. Bukankah bilik bedah perlu steril?"

"Ibu itu bertaruh nyawa untuk bersalin, kenapa kalian main-main."


Difahamkan, jururawat Rumah Sakit Umum Muhammadiyah Mojoagung, Jombang, Jawa Timur itu telah dipecat usia siaran langsung tersebut.

Pengarah hospital, Dr Dwi Rizki Wulandari dalam kenyataan mendedahkan, tindakan dua petugas kesihatan itu adalah kesihatan berat dan melanggar hak privasi pesakit.

Tidak sekadar itu, pihak jabatan kesihatan daerah turut memanggil dua jururawat berkenaan dan pihak pengurusan hospital dan memberikan teguran.

Terdahulu, pada tahun 2022, tular doktor di Thailand membuat siaran langsung menggunakan laman TikTok ketika melakukan pembedahan kosmetik ke atas pesakitnya.

Biarpun sempat memohon maaf atas tindakannya, doktor berkenaan dihukum mengikut Akta Profesion Perubatan.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang