Bekas isteri dedah jadi mangsa keganasan doktor 'terlampau', cuba rogol pembantu rumah. 'Bukan saja jijik di tempat kerja, malah...'
BEBERAPA hari lalu, SinarPlus melaporkan satu berita yang mengejutkan warga maya melibatkan seorang doktor pakar obstetrik dan ginekologi (O&G) yang didakwa melakukan mencabul wanita hamil ketika menjalankan prosedur imbasan kandungan.
Lebih menyedihkan, kejadian itu bukanlah kali pertama. Tabiat tidak bermoral Dr Syafril Firdaus dipercayai telah berulang kali berlaku sepanjang karier perubatannya, namun kali ini semakin ramai mangsa tampil membuka mulut.
Terkesan dengan berita tersebut, bekas isteri, Dr Rafithia Anandita akhirnya tampil bersuara mendedahkan sisi gelap yang didakwanya jauh lebih buruk daripada apa yang diketahui ramai.
Rafithia yang juga pakar kulit, kelamin dan kosmetik itu menyifatkan pengalaman hidup berumah tangga bersama bekas suami ibarat mimpi ngeri yang tidak berpenghujung.
“Apa yang berlaku sekarang tak mengejutkan saya. Sebahagian dari ‘kegelapan’ itu pernah saya lalui sendiri sewaktu masih bergelar isterinya.
"Dia bukan saja menjijikkan di tempat kerja, malah di rumah juga. Kami sekeluarga menjadi mangsa,” katanya.
Itu antara perkongsian Edika, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 58 ketika ditemu SinarPlus dalam satu majlis rumah terbuka baru-baru ini selepas ditanya mengenai kemelut yang melanda rumah tangga beliau bersama Nor Hidayah Rosli.
Februari lalu, peminat pasangan tersebut dikejutkan apabila isterinya memfailkan perceraian terhadap pelakon tersebut dan kini kes mereka masih dalam proses mahkamah.
Imbas kembali, Hidayah hilang deria pendengaran dan percakapan, malah lumpuh sebahagian anggota badannya selepas beberapa hari melahirkan anak kedua mereka.
Bermula daripada demam panas, jangkitan kuman merebak hingga ke kepala mengakibatkan Hidayah koma selama sembilan hari.
Ketika sedarkan diri, Hidayah tidak lagi dapat menggerakkan badannya dari dada ke kaki. Malah, bahagian wajahnya di sebelah kiri herot menyebabkan sebelah mata tidak boleh dibuka
#edikayusof #pelakon #selebriti #Artismalaysia #rumahtangga #SinarPlus #lifestylesinarharian" />
Atas tekanan berterusan itu juga, Dr Rafithia akhirnya nekad memfailkan penceraian dan sah bergelar ibu tunggal pada Disember 2024 kerana tidak sanggup menjadi mangsa keganasan rumah tangga termasuk penderaan terhadap anak-anak.
"Menjadi ibu tunggal secara sah di sisi undang-undang dan agama merupakan keputusan terbaik setelah melihat apa yang telah berlaku selama ini.
"Ternyata, keputusan itu memberi saya kebahagiaan yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Akhirnya, saya bebas daripada penderitaan," luahnya.
Lebih mengejutkan, doktor ‘terlampau’ tersebut didedahkan cuba mencabul kehormatan pembantu rumah di kediamannya sendiri suatu ketika dahulu.
Dengan nada tegas, Dr Rafithia menyeru semua wanita yang pernah menjadi mangsa untuk tampil berani membuat laporan polis.
Pada masa sama, beliau juga enggan dikaitkan atau dihubungi berkenaan bekas suaminya memandangkan mereka sudah berpisah.
“Dia bukan lagi suami saya. Segala perbuatannya tidak ada kaitan dengan saya mahupun keluarga. Saya mohon, tolong ambil tindakan. Jangan biarkan lebih ramai wanita menjadi mangsa nafsu songsangnya," tegasnya.
Terdahulu, Dr. Syafril tular di media sosial selepas video berdurasi 44 saat yang memaparkan perlakuan sumbangnya terhadap seorang pesakit mengundang kecaman netizen.
Dalam rakaman tersebut, pegawai perubatan berkenaan dilihat mengambil kesempatan dengan menyentuh bahagian payudara pesakit hamil kononnya untuk memeriksa bahagian atas perut.
Lebih mengejutkan, mangsa turut mendakwa Dr. Syafril sempat menawarkan perkhidmatan bersalin peribadi tanpa segan silu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
