Bayi enam bulan m@ut dengan kesan terbakar dari pengering rambut, gara-gara ibu terlelap akibat pengaruh dadah

No Image Caption
A
A
A

TIDAK sengaja menyebabkan kematian bayinya tetapi tindakan ibu ini memang tidak dapat dimaafkan.

Cuaca sejuk di Coweta, Georgia pada hari kejadian membuatkan si ibu, Morgan Alyson Creel, 32 mengambil keputusan untuk menghangatkan badan bayinya menggunakan pengering rambut. Kedua-duanya baring bersebelahan pada ketika itu.

Entah bagaimana tiba-tiba ibu kepada bayi berusia enam bulan ini terlelap. Sebaik sahaja sedar, dia mendapati bayinya tidak lagi bernyawa dengan Kesan terbakar yang teruk di bahagian kanan badannya.

No Image Caption

Saat ambulans dan polis sampai ke rumah, bayi itu sudah tidak dapat diselamatkan. Tindakan ibu ini yang cuai menyebabkan polis curiga ketika sesi soal siasat di rumah. Pihak berkuasa bertindak menggeledah kawasan rumahnya dan menemui peralatan menghisap ganja.

Jadinya, ibu bayi berkenaan terlelap kerana mengantuk di bawah pengaruh dadah. Dia ditahan bagi membantu siasatan dan didakwa di bawah kecuaian sehingga menyebabkan anaknya melecur teruk. Namun, polis membebaskannya dengan jaminan bon.

Tragedi hitam yang berlaku pada November 2023 itu ibarat tidak memberikan kesan kepada Morgan. Setahun selepas kehilangan bayinya, wanita itu ditahan semula apabila didapati bersalah memandu dalam keadaan merbahaya kerana mabuk.

Akhirnya pada Januari 2025, Morgan didakwa oleh mahkamah di atas kesalahan homisid terhadap anaknya. Dia dituduh di bawah pengaruh barang terlarang sewaktu kejadian berlaku sehingga menyebabkan penyeksaan fizikal dan mental kepada bayinya dengan menggunakan pengering rambut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang