BEG tangan pelengkap gaya wanita yang berfungsi menyimpan pelbagai keperluan. Terdiri daripada bermacam saiz, bentuk dan warna, ia adalah aksesori yang digemari kaum Hawa.

Uniknya beg tangan yang sedang diperkatakan ramai waktu ini. Walaupun tak berupaya menyimpan sebarang objek di dalamnya kerana terlalu kecil dan sangat mikro, lebih kecil daripada sebutir garam, ia bernilai tinggi!

Kata orang, jika sudah ada peminat setia, pelik dan seunik mana pun sesuatu barangan pasti akan ada yang mahu memilikinya.

Baca juga: Remaja 13 tahun dapat habuan lebih RM80,000 hanya kerana terjumpa keropok yang berbentuk unik

Beg tangan berona neon yang ‘rare’ ini merupakan produk kolektif seni MSCHF berpangkalan di Brooklyn, Amerika Syarikat (AS).

Luar biasa istimewa, karya yang dinamakan ‘Microscopic Handbag by MSCHF’ dijual dalam lelongan pada harga AS$63,750 (kira-kira RM298,413.75)

Beg berkenaan berukuran 657 x 222 x 700 mikrometer atau kurang daripada 0.03 inci lebar.

Menurut MSCHF, penjualan beg bersaiz mikro itu dilengkapi dengan mikroskop yang memudahkan ia dilihat.

Biarpun menampilkan perincian lambang jenama Louis Vuitton, Ketua pegawai kreatif MSCHF, Kevin Wiesner, memberitahu bahawa kolektif itu tidak mendapat kebenaran menggunakan reka bentuk daripada jenama itu.

Oleh kerana saiz yang terlalu kecil, tentu ramai tertanya-tanya pembikinannya. Sementelah hasilnya sangat halus!

Beg itu rupanya diperbuat menggunakan proses stereolitografik yang biasa digunakan untuk membuat struktur bioteknologi mekanikal kecil.

Baca juga: Orang kaya baru, lelaki beli peti sejuk terpakai, jumpa duit hampir RM400,000

Iklan

MSCHF tidak asing dalam menampilkan koleksi seni yang unik.

Sebelum ini, syarikat yang sama pernah menjadi perhatian selepas menjual sepasang sandal Birkinstocks yang diperbuat beg Birkin bernilai AS$76,000 (RM355,604).

Baca juga: Olivia, kucing ke-3 berharta di dunia dengan kekayaan lebih RM426 juta rupanya milik Taylor Swift

Sumber: Insider, New York Post

Iklan

Foto: @mschf

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!