Bengang tak dibelikan telefon, anak mabuk sanggup belasah ibu sampai hilang nyawa

No Image Caption
A
A
A

GELARAN anak tak guna memang sesuai untuk suspek durjana yang sanggup belasah ibu kandung sendiri sampai hilang nyawa!

Bayangkan, si ibu yang berusia 50 tahun dibunuh dengan kejam oleh anak lelakinya sendiri yang naik baran apabila permintaannya tak ditunaikan.

Gara-gara tak dibelikan telefon pintar yang diminta, suspek berusia 30 tahun itu bertindak ganas atas pengaruh arak.

No Image Caption

Lagi sedih, suspek ketika ditahan orang kampung dikatakan sedang terbaring sebelah jasad ibunya tanpa rasa bersalah langsung!

Lapor Detik Jatim, warga emas yang dikenali dengan nama Suwati di Kampung Tambakrejo, Sidoarjo, Jawa Timur, Indonesia pada awalnya masih bernafas ketika diselamatkan jiran.

No Image Caption

Namun, tak lama selepas itu ibu malang itu menghembuskan nafas terakhir di dalam bilik yang penuh dengan percikan darah.

Artikel Berkaitan:

Muzik: Handmaid's Escape by CJ Oliver(SoundStripe)

Nak dijadikan cerita, sebelum kejadian orang kampung yang lalu di depan rumah mangsa terdengar bunyi bising seperti orang bergaduh.

No Image Caption

Tak lama selepas itu, mereka terdengar jeritan meminta tolong oleh warga emas sebelum situasi menjadi senyap tiba-tiba.

Keadaan mencurigakan tersebut mendorong orang ramai pergi ke rumah berkenaan untuk membantu.

No Image Caption

Namun apa yang membuatkan mereka buntu, pintu bilik itu dikunci dari dalam.

Nak tak nak, mereka terpaksa memecah masuk sebelum terperanjat bila melihat warga emas itu terbaring dengan kepala berlumuran darah.

KERAP MENGAMUK

Menurut seorang saksi yang dikenali dengan nama Ann, suspek yang dipanggil abang itu dikatakan kerap mengamuk.

No Image Caption

“Dia kerap mengamuk dan bergaduh dengan ibunya bila tak dapat apa yang dimahukan. Memang selalu perang mulut tapi tak sangka seteruk ini.

“Saya dengar dia minta-minta sesuatu daripada ibunya cuma tak tahu apa yang dia inginkan. Barangkali sebab arak, dia berkelakuan luar kawalan,” katanya.

No Image Caption

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan orang kampung sebelum dibawa pasukan polis untuk siasatan lanjut.

Mayat mangsa juga dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

No Image Caption

Aduhai, sanggup pukul ibu sampai mati tanpa rasa perikemanusiaan.

Moga insiden mengerikan itu menjadi pengajaran buat kita semua.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang