'Pembunuh! kami mahu keadilan...' Kanak-kanak 8 tahun maut didera ibu & ayah tiri, keluarga sebak ke mana perginya kemanusiaan

No Image Caption
A
A
A

SEORANG ibu sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja demi anak. Namun lain pula ceritanya bagi ibu di Rawang, Selangor ini yang dipercayai bersekongkol dengan suami baharu hingga menyebabkan kematian anak sulungnya, Anissa Afiera Muhamad Zulhafize, 8.

Suasana pilu menyelubungi Mahkamah Majistret Selayang hari ini apabila beberapa individu dipercayai ahli keluarga bapa kandung mangsa melaungkan takbir dan berteriak.

"Apa kau buat dekat anak buah kami...pembunuh, kami mahu keadilan," katanya.

Tragis dan memilukan, siapa tidak sedih apabila ibu dan bapa tiri yang sepatutnya menjaga amanah memelihara didakwa bertanggungjawab menamatkan riwayat anak yang disayangi. Berikut adalah butiran kes berkenaan:

1-Pada 17 Ogos lalu, Anissa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

2-Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka, bibir, paha, dagu dan lutut.

Artikel Berkaitan:

3-Polis menerima laporan berkaitan kematian mangsa kira-kira jam 3.27 petang hari yang sama.

4-Hasil siasatan polis mendapati, kanak-kanak malang itu dipercayai dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut di rumahnya di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Lebih memilukan, kanak-kanak itu dipercayai tidak hadir ke sekolah sejak Jun lalu.

No Image Caption

5-Susulan itu, polis memberkas pasangan suami isteri yang juga merupakan ayah tiri dan ibu kandung kepada kanak-kanak itu bagi siasatan lanjut.

6-Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan pembuat ais krim itu disambung reman seminggu sehingga 31 Ogos ini.

7-Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh.

8-Tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan suami isteri berkenaan Mahkamah Majistret Selayang hari ini kerana kes itu berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Sebaliknya mereka hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

9-Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh kanak-kanak berkenaan, pada jam 11.51 pagi hingga 3.51 petang, 17 Ogos lalu.

10-Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

No Image Caption

11-Sekiranya tidak dihukum gantung, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

12-Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Izariah Zainal manakala pasangan tertuduh berkenaan tidak diwakili peguam.

13-Nor Izariah memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan baharu bagi mendapatkan laporan bedah siasat dan laporan kimia dan mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Oktober ini dan tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh.

No Image Caption

Terdahulu, polis dilaporkan hadirs emula di lokasi kejadian iaitu di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Puteri dipercayai untuk menjalankan siasatan lanjut.

Sama-sama kita doakan kematian Allahyarham Anissa Afiera terbela.

Sumber: Sinar Harian 1, 2, 3, 4, Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang