Beraya bawa pisau, lelaki cedera ditetak jiran sebab hutang RM150

A
A
A

BAB hutang memang boleh buat gaduh. Apatah lagi, bila janji nak bayar, namun sampai sekarang masih lagi tertangguh.

Barangkali kesabaran dua penduduk di Lampung, Surabaya, Indonesia sudah sampai limit apabila duit yang ditagih-tagih masih tiada khabar.

Lapor Kompas.com, suasana Aidilfitri yang sepatutnya penuh meriah dan silaturahim bertukar di kampung tersebut menjadi kecoh.

No Image Caption



Mana tidaknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama Hariyanto dilaporkan cedera parah selepas diserang jirannya sendiri.

Mangsa berusia 36 tahun itu mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan dan pinggang selepas ditetak dengan pisau.

No Image Caption



Hariyanto dikatakan sedang beraya di rumah jirannya sebelum didatangi dua suspek yang menyerangnya secara mengejut.

Hutang RM150

Artikel Berkaitan:


Menurut kenyataan polis, mangsa dikatakan diserang selepas gagal melangsaikan hutang berjumlah Rp500,000 (lebih kurang RM150).

Ketua Balai Polis Seputih Surabaya, AKP Mahdum Yazin berkata, kejadian malang itu berlaku di Kampung Gaya Baru III pada 7 April itu.

Dalam kejadian tragedi berdarah itu, mangsa dikatakan sempat berlari untuk menyelamatkan diri ke belakang rumah.

No Image Caption



Malangnya, beliau terus dikejar dan diserang sehingga rebah.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek, masing-masing berusia 43 tahun yang berasal dari Kampung Sriaton sudah ditahan pihak polis baru-baru ini.

Berdasarkan siasatan awal, motif serangan dipercayai berpunca daripada hutang yang tidak dibayar.

No Image Caption



Mangsa pernah berjanji untuk membayar hutang tersebut, tapi asyik tertangguh-tangguh sehingga membuatkan suspek berang.

Pihak polis juga merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam serangan menakutkan tersebut.

No Image Caption



Update terkini, kedua-dua suspek yang ditahan di Balai Polis Seputih Surabaya kini disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan Indonesia.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh berdepan dengan hukuman penjara sehingga 12 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang