Kes pukul pereka fesyen: Razmi dakwa isu bayaran jual beli kereta punca diserang jurugambar

No Image Caption
A
A
A

KES pukul melibatkan pereka fesyen duo, Razman Razmi tular di laman sosial dalam acara anugerah majalah terkenal di Petaling Jaya.

Seorang jurugambar bertindak agresif dengan menyerang dan memukul menggunakan kamera miliknya.

Difahamkan punca serangan itu disebabkan hal kewangan dan kedua-dua pereka fesyen terbabit mengalami luka di pipi.

No Image Caption

Dalam perkembangan terkini, pereka fesyen Razmi tampil menerusi rakaman video menjelaskan punca kejadian berkenaan.

Dakwanya, ia berkaitan dengan penjualan kereta jenis Suzuki Swift sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Semua orang ingat kami berhutang dengan dia kan?

"Saya ada jual kereta Suzuki Swift model lama kepadanya. Dia bersetuju membelinya daripada saya secara ansuran dan kemudian baharulah saya serahkan kereta.

"Selepas digunakan beberapa minggu, dia telah rosakkan kereta itu dan ditinggalkan di tepi jalan dan suruh saya ambil semula. Tetapi dia minta semula wang yang dibayar kepada saya.

No Image Caption

"Saya katakan kepada Razman, tak mengapalah kita bayar sedikit demi sedikit. PKP mana ada bisnes.

"Selepas habis PKP baru bisnes ok semula dan saya katakan kepada jurufoto itu bahawa saya akan bayar sedikit demi sedikit. Dia ok dan setuju," kongsinya.

Bagaimanapun, dalam tempoh itu, pereka Razman terkena serangan jantung dan perlu memfokuskan kepada rawatan.

"Kemudian Razman terkena pula serangan jantung. Bisnes kena buat marketing, malah dalam berurusan kami tidak pernah berkasar dengan orang.

"Saya cakap benda yang baik-baik sahaja. Tidak pernah lari daripada sesiapapun, hutang tetap perlu dibayar.

"Saya bayar seperti biasa. Semasa terjumpa di sebuah acara, saya berikan lagi duit kepadanya. Saya katakan akan bayar semua. Kalau ikutkan saya tak mahu kerana dia kurang ajar," katanya.

Dalam pada itu, menurut Razmi, jurugambar berkenaan turut mengugut untuk mendapatkan wangnya semula.

No Image Caption

"Setiap kali jumpa di tempat event saya takut kerana dia selalu ugut, tengking dan malukan kami. Kami bukannya kaya seperti pereka fesyen lain, kami sederhana sahaja.

Artikel berkaitan:

"Semalam semasa Datuk Seri Vida turun ke bawah, tiba-tiba Razman kena pukul. Kalau dia kena serangan jantung macam mana?

"Kita bukan tak bayar hutang, cakap baik-baik dengan semua orang. Janganlah buat hidup orang macam ni, mencari rezeki. Tak baik macam tu," kongsinya.

Terdahulu, media melaporkan pereka fesyen menghasilkan busana usahawan sensasi, Datuk Seri Vida untuk acara itu dipukul dengan kamera oleh jurugambar lelaki terbabit pada kira-kira 8.40 malam.

Ketika wartawan sedang menemubual Vida, jurugambar terbabit bertindak agresif dengan menyerang dan memukul mereka dengan kamera miliknya.

Kedua-duanya yang mengalami luka di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum penganjur bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan jurugambar lelaki berusia 30 tahun telahpun ditahan.

Suspek kini direman sehingga Jumaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang