Bergaduh masa mengaji, cuping telinga kanak-kanak lelaki putus digigit

Bergaduh masa mengaji, cuping telinga kanak-kanak lelaki putus digigit
Bergaduh masa mengaji, cuping telinga kanak-kanak lelaki putus digigit
A
A
A

BERGADUH ketika mengaji, seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia putus cuping telinga kiri selepas digigit rakan.

Lapor media tempatan, insiden itu berlaku di Kecamatan Bugul Kidul, Kota Pasuruan, Jawa Timur.

Akibat perbuatan tersebut, mangsa yang berlumuran darah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Menurut Ketua Perhubungan Awam Jabatan Polis Kota Pasuruan, M Junaidi, insiden itu berlaku sekitar jam 4 petang (waktu tempatan) pada Rabu.

Menurutnya, mangsa dan suspek yang berusia 12 tahun sedang mengikuti kelas mengaji bersama-sama sebelum berlaku pertengkaran.

"Ustaz menyuruh anak muridnya membaca dibaca (tradisi membaca atau melantunkan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW).

Baca juga Rebut peluang musim cuti sekolah ajar anak mengaji, doktor dedah cara mudah tarik minat si kecil

Kredit foto: Facebook Dr Farhuda Zulaikha

 

"Oleh kerana bacaan terlalu panjang, dia membahagikan tugas menyaksikan mangsa dan suspek diminta membacanya secara berganti-ganti.

"Kedua-dua remaja itu juga diminta mendengarkan bacaan masing-masing," ujar M Junaidi.

Tambahnya, pergaduhan tercetus apabila suspek enggan mendengar bacaan mangsa dan situasi itu menjadi tegang sehingga suspek menggigit cuping telinga rakannya sehingga putus.

Baca juga Gunakan cara ini untuk jadikan anak seronok mengaji di rumah

"Kejadian ini sudah dilaporkan oleh keluarga mangsa dan kita membuka kertas siasatan.

"Apa pun, kes ini masih diteliti kerana kedua-duanya masih di bawah umur," katanya.

Aduhai kesian, tak pasal-pasal mangsa alami cacat kekal di telinga tu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang