WALAUPUN berkawan baik, persahabatan melibatkan jantina berbeza perlu ada batasnya agar tidak menimbulkan fitnah dan perkara yang ditegah agama.

Apatah lagi apabila melibatkan pasangan yang telah berkahwin, pergaulan tanpa batas pasti menimbulkan tidak puas hati pelbagai pihak termasuk pasangan dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Baru-baru ini tular di media sosial aksi seorang wanita yang berani mempamerkan kemesraan dengan lelaki dipercayai berstatus suami orang.

Bagaimanapun, keberaniannya menonjolkan perbuatan itu di media sosial telah dikecam. Rata-rata tidak berpuas hati mengutuk tindakan wanita.

Baca juga 25 Kali Isteri Lari Ikut Lelaki Berbeza, Suaminya Tetap Terima Kembali Sebab…

Suara.com melaporkan di dalam video yang dimuat naik dalam laman sosial TikTok, wanita berkenaan kelihatan bersahaja memaut lengan seorang lelaki yang tidak ditunjukkan wajahnya.

“Menghadiri acara pejabat atau berjumpa rakan-rakannya. Kebiasaannya untuk acara umum seperti ini, dia membawa saya dan bukan isterinya.

“Katanya saya berbau wangi sedangkan isterinya berbau seperti bawang. Jadi, saya memiliki kelebihan, bukan?” tulis keterangan dalam video itu.

Gambar hiasan.

Video tersebut dikongsikan semula di akaun Instagram @komentatorpedas dengan ramai yang mengecam tindakan wanita berkenaan.

Iklan

Ya Allah, semakin hilang rasa malu. Bagaimana anda tergamak membuat kandungan video seperti itu?” komen netizen.

“Saya terkejut orang sekarang benar-benar ingin dikecam, sedarlah kubur itu sedang menanti,” komen seorang lagi.

Iklan

Dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dapat dielakkan lebih-lebih lagi dalam masyarakat kini.

Sama-samalah kita menjaga pergaulan agar terhindar daripada fitnah dan perkara-perkara negatif.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Suara.com