SEORANG selebriti berusia 50 tahun dari Gold Coast, Australia tampil berkongsi rahsia kecantikan dan awet muda.

Gina Stewart, mengakui bahawa orang ramai sering terkejut apabila mengetahui dirinya adalah nenek berusia 50 tahun.

Mereka mengatakan bahawa Gina kelihatan jauh lebih muda dari usia sebenarnya.

Gina dengan itu mengakui dan mengatakan bahawa makan makanan yang sihat dan minda yang cergas adalah kuncinya.

Katanya kepada Daily Star, dirinya sangat percaya bahawa kekuatan akal adalah yang paling penting.

“Cara yang baik untuk kekal cantik adalah dengan mendapatkan ketenangan jiwa, waspada terhadap apa yang membuat saya tertekan dan mengurangkan tekanan itu sebaik mungkin.

“Sekiranya saya kecewa atau tertekan, saya akan mewujudkan ruang yang damai dalam diri saya dan mencari anergi semula,” katanya.

Gina yang mempunyai 30,000 pengikut di Instagram itu turut membongkar kekal awet muda dengan sentiasa berfikiran positif dan mengurangkan atau menghilangkan perkara-perkara negatif.

Nenek yang berwajah glamor itu juga mengamalkan berjalan dengan kerap, minum banyak air dan berusaha mengikuti diet yang sihat untuk mengekalkan penampilannya.

Iklan

“Saya tinggal dekat dengan pantai dan suka berjalan kaki di sana tanpa selipar setiap hari.

“Sepuluh ribu langkah sehari adalah penting dan membantu saya berasa sihat secara mental. Saya juga selalu minum banyak air dan makan antioksidan. Blueberry adalah buah kegemaran saya,” ujarnya.

Biar betul! Nenek 50 tahun bongkar rahsia kecantikan dan awet muda

Gina yang baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-50 itu turut meninggalkan pengambilan gluten dalam dietnya.

Iklan

“Saya telah membuang semua gluten daripada diet saya dan merasa lebih baik makan makanan yang lebih sedikit dengan makanan asas yang sihat.

“Saya percaya kita adalah apa yang kita makan, rasakan dan fikirkan. Semua itu memberi kesan terhadap diri kita setiap hari.

“Secara konsisten semua itu bermanfaat untuk kehidupan yang sihat dan cergas,” ujarnya.

Baca juga Beg mencurigakan depan pintu rumah ibadat disangka bom, rupa-rupanya…

Gina menjadi terkenal pada bermula tahun 2018 ketika dia mara ke final di peraduan Maxim’s Finest Australia. Pertandingan itu turut disertai peserta berusia 18 tahun. Dia kalah dengan Miss Maxim Australia tetapi mendapat gelaran ‘nenek terhangat di dunia’.