Bius anak singa untuk foto perkahwinan, pasangan pengantin teruk dikecam

A
A
A

BAGI merakam memori perkahwinan, biasanya pelbagai cara dibuat pengantin untuk nampak kelainan.

Namun berbeza buat pasangan pengantin di Pakistan ini apabila menampilkan seekor anak singa dalam sesi fotografi mereka.

Akan tetapi tindakan tersebut dikecam hebat warganet kerana dikatakan anak singa itu dibius untuk ditidurkan.

Menerusi sebuah video dan gambar dikongsi oleh Instagram Studio Afzl yang mempunyai mempunyai 120,000 pengikut, pasangan itu menggunakan anak singa sebagai simbolik foto perkahwinan mereka.

Dalam video yang tular, nampaknya pemangsa kecil itu hanya terbaring di antara pengantin lelaki dan perempuan.

Kemudian, satu lagi video menunjukkan anak singa kecil itu terbaring di atas permaidani sementara pasangan itu meneruskan sesi penggambaran mereka.

Muat naik itu kemudian dipadam oleh Afzl, namun ia mendapat sambutan yang luas dan dikongsi menggunakan hashtag #SherdiRani (Anak-anak Ratu Singa).

Bagaimanapun, video tersebut dimuat naik semula oleh Twitter Save The Wild.

Bius anak singa untuk foto perkahwinan, pasangan pengantin teruk dikecam

Kumpulan hak haiwan di seluruh dunia telah mengkritiknya, kerana foto tersebut adalah bentuk kekejaman terhadap haiwan.

NGO Pakistan, Save the Wild telah mengemukakan bantahan di Jabatan Hidupan Liar dan Taman Punjab di Twitter.

Baca juga Gara-gara selalu sakit perut, lelaki ini makan batu lebih 30 tahun sebagai ‘penawar’

Dalam muat naik mereka, Save the Wild mempersoalkan sama ada agensi itu telah memberi kebenaran untuk gambar perkahwinan tersebut.

"Lihatlah anak singa itu dibius dan dijadikan simbolik dalam foto. Studio ini berada di Lahore. Selamatkan ia," tulisnya.

Sumber: Tribunnews

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang