Gara-gara selalu sakit perut, lelaki ini makan batu lebih 30 tahun sebagai ‘penawar’

A
A
A

LAZIMNYA, manusia normal akan memilih item yang boleh dimakan sebagai alas perut.

Antara produk makanan yang paling disukai seperti ayam, daging, buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang dan banyak lagi.

Malahan, tekak orang-orang Malaysia mesti wajib ada nasi dalam setiap hidangan.

Ditambah pula dengan sambal belacan dan lauk kegemaran, pasti bertambah pinggan nasi dibuatnya.

Lain pula cerita yang berlaku di Mumbai, India apabila seorang lelaki dikatakan lebih suka memilih batu sebagai makanan utamanya.

Bukan sehari dua Ramdas Bodke memilih batu sebagai menu harian, tetapi lebih 30 tahun hidup seperti itu.

makan batu

Lelaki berusia 78 tahun itu sebenarnya menjalani kehidupan harian seperti orang lain, cuma lebih suka makan batu berbanding prata, capati dan sebagainya.

Apa agaknya rasa batu itu? Keganjilan habit pemakanan warga emas itu dilaporkan india.com dan menerima pelbagai reaksi warganet di media sosial.

Menurut laporan itu, penduduk di Kampung Adarki Khurd, daerah Satra di Maharashtra itu dikatakan makan batu sebagai penawar sakit perutnya.

Lelaki yang mengalami sakit perut itu dikatakan sudah dirawat dalam tempoh yang lama, namun begitu sakitnya masih belum hilang.

makan batu

Percaya dengan petua yang diberikan seorang wanita di kampung tersebut, Ramdas kemudiannya nekad makan batu sebagai ubat.

Alkisahnya, petua tersebut dikatakan menjadi dan membuatkan Ramdas terus makan batu sebanyak 250 gram sehari sehinggalah sekarang.

Meskipun dihalang ahli keluarga lain kerana bimbang kesihatannya terjejas, Ramdas tetap akan makan batu secara sorok-sorok.

Video yang tular dalam media sosial juga memperlihatkan warga emas itu menikmati ‘juadah’ dengan penuh bersahaja.

Sambil menunjukkan ketulan batu berwarna hitam, lelaki itu menggigit batu sampai hancur sebelum menelannya.

Aduhai, kembang tekak melihatnya.

Ramai warganet termasuk para doktor yang berkongsi komentar memberitahu, habit pemakanan itu dikaitkan dengan masalah mental.

makan batu

Merujuk healthline.com, habit makan batu sebenarnya dikaitkan dengan gangguan makan, Pica yang mana membuatkan penghidapnya teringin untuk makan benda bukan makanan.

Terdapat kajian tertentu menunjukkan, segelintir orang yang berkelakuan seperti itu khususnya wanita mengandung.

Bukan sahaja batu, mereka dikatakan teringin untuk makan kapur, rambut, tanah liat dan lain-lain.

Masya-ALLAH! Bukan biasa-biasa jenis craving yang mereka hadapi.

makan batu

Pun begitu, trend makan batu di India bukannya perkara luar biasa bahkan ada penjaja yang turut menjual ‘makanan’ tersebut di jalanan secara terbuka.

Satu perkongsian di media sosial menunjukkan makanan eksotik termasuk batu.

Ya! Bukan main-main ya.

Kebanyakan batu yang dijual bersifat rapuh dan apabila digigit, mudah pecah. Memang pelik-pelik, tetapi itulah realitinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang