Budak tadika hadiahkan jongkong emas kepada 'bakal isteri' sebagai tanda pertunangan. Memang rare!

A
A
A

SEORANG budak lelaki dari China menghadiahkan jongkong emas bernilai RM69,800 (AS$15,000) kepada seorang kanak-kanak perempuan di kelas tadikanya.

Si kecil itu memberi dua kepingan logam seberat 200 gram tersebut kepada rakannya sebagai `hadiah pertunangan’.

Lapor South China Morning Post, kejadian lucu itu berlaku di Guang’an, wilayah Sichuan di barat daya China.

Video yang memaparkan gadis kecil itu memegang sebuah kotak merah berisi dua bar emas menjadi tular di internet baru-baru ini.

Kanak-kanak perempuan terbabit menunjukkan hadiah diterimanya kepada ibu bapanya sebaik pulang ke rumah.

Baca juga: Pameran eksentrik paling ganjil di dunia, ini lima muzium rare terima pengiktirafan yang bukan calang-calang

 

Terkejut melihat logam emas tersebut, mereka kemudian memintanya untuk memulangkan kembali hadiah tersebut pada keesokan harinya.

Penjaga budak lelaki tersebut turut dihubungi untuk meminta maaf.

Baca juga: Paling ramai billionaire dengan jumlah aset luar biasa, ini senarai 10 bandar terkaya di dunia yang buat ramai kagum

“Ibu bapa kenak-kanak itu memberitahu anaknya bahawa jongkong emas tersebut disimpan untuk bakal isterinya pada masa hadapan.

“Pun begitu, mereka tidak menyangka dia mengambilnya secara rahsia dan memberinya kepada anak kami,” ujar ibu kepada kanak-kanak perempuan itu.

Wanita itu turut mengingatkan ibu bapa lain supaya berwaspada bagi mengelakkan perkara serupa berlaku pada anak-anak mereka.

Lucu sungguh!

Kisah budak lelaki memberi `hadiah pertunangan’ itu menerima pelbagai reaksi orang ramai.

Baca juga: Berang lamaran ditolak, sanggup ikat, bakar hingga mati rakan wanita zaman kanak-kanak

Rata-rata warganet menjadikannya sebagai bahan jenaka.

"Budak kecil ini benar-benar mempunyai keberanian, hanya memberikan 200 gram emas seperti itu," komen seorang pengguna.

“Ibu mertua ada memberi saya gelang dan anak saya berminat untuk memberikannya kepada rakan sekelas kerana dia fikir ia kelihatan bagus. Saya rasa saya patut 'bersyukur' kerana dia bertanya kepada saya terlebih dahulu,” kata seorang ibu.

“Pada tahun pertama persekolahan, seorang rakan sekelas anak perempuan saya memberinya wang tunai RM130 (200 yuan). Saya segera memulangkan wang itu kepada ibu bapa budak itu pada petang yang sama,” kata seorang lagi pengguna.

Baca juga: Memandu dengan cuai hingga kemalangan, kanak-kanak 10 tahun alami kerosakan otak saman bapa sendiri

Situasi sedemikian sebenarnya bukan pertama kali berlaku.

Terdahulu, seorang budak tadika dari Shanghai memberikan seorang gadis sebentuk cincin Bulgari bernilai RM12,600 (AS$2,700) sebagai 'hadiah perkahwinan'.

Ibu bapanya turut mengambil langkah sama dengan memulangkan barangan kemas itu kepada pemiliknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang