Bufet terbesar di dunia dengan lebih 100 pilihan makanan, hanya caj tanpa tip dan lepak tanpa had masa!

No Image Caption
A
A
A

SYURGA makan tanpa had! Memang tak sangka Pennsylvania, Amerika Syarikat menjadi tumpuan food hunter kerana memiliki bufet terbesar di dunia.

Macam tak percaya, tempat makan itu siap ada rating 4.6 bintang tau. Jadi scroll sampai habis untuk tengok apa yang pemilik restoran hidangkan setiap hari.

Lapor The US Sun, populariti Shady Maple Smorgasbord sudah mengubah kawasan East Earl, Pennsylvania jadi tumpuan pelancong yang tak dijangka sejak beberapa tahun kebelakangan ni.

No Image Caption

Bukan saja orang lokal, malah pelancong juga sanggup singgah untuk menikmati hamparan makanan seluas 100,000 kaki persegi semata-mata nak cabar diri dengan bufet terbesar di dunia.

Disebabkan viral dengan tarikan menu ekstravaganza, seorang pencinta makanan yang juga influencer, Amorray Marcano sanggup terbang dari New York untuk ke sana.

Wanita cantik itu dalam video yang dikongsikan kepada pengikutnya memenuhkan pinggan dengan pelbagai makanan dengan caj bayaran hanya £10 (lebih kurang RM60).

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Apa sajian yang beliau cuba? Daripada stik gergasi, milkshake super pekat, sampai ke pai Amish memang nampak menyelerakan, bahkan restoran itu sediakan makanan cukup untuk 10,000 orang setiap hari!

Kata Marcano, beliau yang rajin berkongsi konten berkaitan benda menarik di sekitar New York juga terpanggil untuk mencuba bufet terbesar di Amerika Syarikat tersebut.

No Image Caption

“Tak sangka dekat jer dan saya try untuk pergi tengok sendiri sama ada reputasi seperti yang digembar-gemburkan orang ramai dengan hidangan untuk 10,000 orang sehari.

“Paling saya risau kualiti makanan sebab biasanya orang makan bufet sekadar untuk pengalaman. Ambil makanan melambak-lambak dan nak rasa semuanya,” katanya.

Bagaimanapun, pempengaruh berusia 29 tahun itu terkejut dengan rasa makanan untuk beberapa menu seperti hidangan catfish memang padu.

“Masa saya datang ada hidang menu catfish cajun. Saya jarang makan tapi bila cuba memang sedap. Masak elok dan rasanya pun best. Macam beef brisket dan stik memang mantap.

No Image Caption

“Ada juga masakan bagi saya biasa-biasa sebab ada kurang perasa dan kering,” kongsinya yang memuat naik di Instagram yang memiliki 440,000 pengikut.

Akui bintang media sosial itu, Shady Maple Smorgasbord memang lain daripada lain dengan rating tinggi melangit di media sosial, ditambah harga bufet tanpa had memang berbaloi.

“Saya tengok orang duduk, makan, lepas tu ulang-alik ambil lagi. Realistiknya, pengunjung boleh lepak berjam-jam kat situ. Memang berbaloi dengan harga.

No Image Caption

“Malam saya pergi tu harga dalam $27 (RM114.63) je, tapi jumlah makanan yang kita dapat tu memang jauh lebih bernilai daripada harga tu,” katanya yang juga kurang selesa kerana ramai sangat orang.

Beliau dan rakannya terpaksa beratur 30 minit disebabkan barisan panjang sangat meskipun tempat itu di kawasan luar bandar dengan penduduk tak sampai 2,000 orang.

No Image Caption

Kalau diikutkan, kawasan East Earl sebenarnya kawasan kampung Amish yang tenang, tetapi restoran itu boleh tarik crowd sampai lima kali ganda daripada populasi bandar!

“Bila saya masuk, saya ingatkan tempat duduk terhad tapi rupanya ruang makan ada kat setiap celah dan sudut. Mesti ada ribuan orang malam tu sebab tak sangka kena beratur.

“Jujurnya, saya agak overwhelmed sebab saya jangka makanan banyak, tapi tak jangka manusia pun penuh satu dunia.”

No Image Caption

Namun lepas suapan pertama, Marcano terus faham kenapa tempat tersebut jadi kegilaan ramai. Lagi membuatnya kagum, pilihan minuman memang luar biasa.

“Macam makanan juga, minuman kat Shady Maple ni macam syurga air gas. Ada satu bahagian khas air gas siap dengan krim soda, vanilla coke, root beer dan pilihan lain.

“Ada juga mesin kopi, stesen coklat panas dan booth milkshake. Semua makanan dan minuman memang layan. Paling best, pengunjung tak perlu bagi tips!,” katanya.

No Image Caption

Bufet yang dibuka dari jam 7 pagi hingga 7.30 malam itu menawarkan sarapan pagi, makanan tengah hari dan makan malam bermula Isnin sampai Sabtu.

Boleh dikatakan menu Shady Maple Smorgasbord meriah dengan hidangan grill, 46 jenis salad, tiga jenis sup, enam jenis roti buatan sendiri, empat jenis keju, lapan jenis daging, 14 sayur-sayuran, 10 pencuci mulut sejuk dan panas, lapan jenis pai serta enam jenis kek.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang