Nikmati lebih 100 juadah autentik, gabungan keaslian rasa Malaysia dan Indonesia untuk pengalaman berbuka yang mengasyikkan

BULAN Ramadan kembali lagi, membawa bersama semangat kebersamaan dan kesyukuran. Tidak lengkap rasanya tanpa berbuka puasa dengan hidangan yang enak dan menyelerakan. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur memahami kehendak ini dan dengan bangganya mempersembahkan Santapan Nusantara Putra, sebuah bufet yang menggabungkan warisan kulinari dari Malaysia, Indonesia, dan beberapa sajian antarabangsa yang pasti menggamit selera.
Dikenali sebagai "Kuala Lumpur’s Best City Hotel" oleh Luxury Lifestyle Awards 2024 dan tersenarai dalam top 3 peratus of properties in the city oleh KAYAK Travel Awards 2024, Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur terus berinovasi dalam pengalaman gastronomi. Tahun ini, bufet Santapan Nusantara Putra menjanjikan lebih daripada 100 hidangan yang bukan sahaja memuaskan citarasa tetapi juga membawa nostalgia kepada setiap suapan.

Menurut Encik Wilfred Yeo, Pengurus Besar Kanan Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur, "Bufet ini telah disusun rapi untuk menampilkan pelbagai rasa yang kebanyakannya dari Malaysia dan segelintir dari Indonesia, memberikan pengalaman makan malam yang benar-benar nikmat kepada para tetamu kami. Kami terus komited untuk mencipta momen bermakna yang merapatkan silaturahim, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini."
Tema hidangan yang mengujakan
Bufet ini menampilkan lima tema hidangan istimewa, memastikan setiap tetamu mendapat kepuasan penuh sepanjang sesi berbuka:
Gerai Kuali-Kawah – Hidangan mantap seperti Kambing Bakar dan Gulai Daging Kawah yang penuh dengan rasa dan rempah ratus tradisional.

Gerai Sate Beragam – Menampilkan pelbagai sate istimewa termasuk Sate Maranggi Sapi dari Purwakarta, Sate Kambing Kecap dari Madura, dan pelbagai satay Malaysia yang digemari ramai.
Gerai Kuah-Kuahan – Pilihan sup yang menghangatkan seperti Sup Tulang, Sup Bakso, dan Sup Sayur Asem yang kaya dengan rasa autentik Nusantara.
Gerai Kuliner Nusantara – Hidangan istimewa dari segenap pelosok Indonesia seperti Daging Sapi Taliwang dari Nusa Tenggara Barat dan Tongseng Kambing dari Jawa Tengah.
Gerai Pencuci Mulut – Manisan klasik seperti Bubur Kacang Hijau, Bubur Pulut Hitam, Sago Pelangi Gula Aren, serta kek mewah seperti Kek Marble dan Kek Pandan/Gula Melaka.
Bufet Santapan Nusantara Putra berlangsung bermula dari 1 Mac hingga 27 Mac 2025.
Selain menikmati hidangan yang enak, pengunjung juga berpeluang menang hadiah menerusi Peraduan Cabutan Bertuah bagi mereka yang membeli enam atau lebih bufet dewasa dalam satu resit antara 1 Mac hingga 23 Mac 2025. Hadiah menarik seperti baucar penginapan, makan, dan banyak lagi menanti pemenang bertuah!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan lazat sambil mengeratkan hubungan bersama keluarga dan rakan-rakan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang