Manjakan selera dengan hidangan tradisional Melayu di Irama Dining, destinasi bufet pilihan dengan latar belakang Kuala Lumpur

BILA sebut sahaja bufet Ramadan, pasti ramai terbayangkan hidangan mewah di hotel bertaraf lima bintang. Namun, ada satu lokasi berbuka puasa yang wajib masuk dalam 'checklist' pencinta bufet yang menjanjikan kepuasan maksimum dengan pilihan juadah melimpah!
Terletak di bungalow warisan Old Malaya, Irama Dining menawarkan Bufet Ramadan "Gurindam Rasa" yang menggabungkan cita rasa tradisional Melayu dan moden yang diilhamkan dari rasa dan budaya Malaysia.
Dengan dekorasi klasik yang menenangkan serta berlatar belakangkan keindahan Menara Kuala Lumpur, suasana berbuka di tengah hiruk pikuk ibu kota turut memberi pengalaman seperti di rumah sendiri.
Antara hidangan istimewa yang menanti di Irama Dining Kuala Lumpur termasuk Gulai Ikan Alunan Istana dan Sambal Udang Berlado Badarsila kombinasi sambal pedas manis yang memikat selera.
Tidak ketinggalan, Ayam Bawang Tanjung Penaga serta Sotong Masak Lemak Pucuk Paku Kampung hadir dengan rasa lemak santan yang membelai selera.
Bukan itu sahaja, terdapat juga Sajian Arena Mee Irama, menampilkan pilihan mee bersama sup klasik dan bergedil kentang. Penggemar kerabu pula pasti teruja dengan variasi kerabu seperti Kerabu Daging Bintang Kejora dan Kerabu Ikan Bilis Puteri Songkla.
Bagi melengkapi pengalaman berbuka, Irama Dining Kuala lumpur menyediakan pencuci mulut klasik seperti Irama Bubur Somsom, Ais Kacang Cendol Manis, dan Ais Krim Potong Sekawan, yang membangkitkan nostalgia berbuka di kampung halaman.
Gabungan hidangan autentik, dekorasi klasik yang menenangkan serta layanan mesra menjadikan setiap momen iftar penuh bermakna.
Lebih berbaloi, harga bufet bermula pada RM118+ untuk dewasa dan RM68+ untuk kanak-kanak.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang