TIDAK keterlaluan menyifatkan bahawa China antara negara yang selalu muncul dengan rekod ciptaan hebat.

Terbaharu, negara berpopulasi 1.4 juta itu mencipta kereta api laju yang mampu mencapai kelajuan sehingga 600 kilometer sejam (km/j).

Projel kereta api yang dibangunkan China Railway Rolling Stock Corporation milik kerajaan negara itu dikatakan terpantas di dunia.

Baca juga Leganya! Roket China Akhirnya Terhempas Di Lautan Hindi, Antara Laut Yang Kuat Arusnya

Laluan kereta api Maglev.

‘Maglev’ adalah singkatan daripada magnetik levitasi yang mana sistem rel menggunakan magnet.

Dimaklumkan, ketika bergerak pengangkutan tersebut akan kelihatan seperti terapung kerana kekuatan elektromagnetik meluncurkannya di atas landasan.

 

Timbalan Pengurus Besar dan Ketua Jurutera CRRC Sifang, Liang Jianying berkata, selain kelajuan ia mempunyai tahap pencemaran bunyi yang rendah.

Pada masa sama, sistem penyelenggaraan tidak kerap berbanding kereta api berkelajuan tinggi yang lain.

Selain itu, kereta api Maglev juga memendekkan tempoh masa perjalanan hingga dua jam berbanding kereta api laju biasa (bullet train).

Baca juga China Bangunkan Empangan Terbesar Dalam Tempoh Empat Tahun. Apa Teknologi Rahsia Yang Digunakan Mereka?

Iklan

Sebagai kenderaan darat terpantas, sistem yang dikembangkan sendiri oleh China itu merupakan pencapaian saintifik dan teknologi canggih dalam bidang transit kereta api di dunia.

China memulakan pembangunan kereta api Maglev dengan lima gerabak menggunakan teknologi sendiri sejak tahun 2016 dan selesai menjalani ujian percubaan pada Jun 2020.

Iklan

Terdahulu, pada tahun 2019 laporan menyatakan sistem pengangkutan Maglev berupaya melakukan perjalanan dari Beijing ke Shanghai dalam tempoh tiga jam setengah termasuk waktu menunggu.

Foto: Xinhua, China Discovery