BAGI negara yang mempunyai populasi penduduk yang ramai, pasti beberapa pendekatan proaktif perlu diambil kerajaan bagi membolehkan keperluan sumber tenaga dibekalkan tanpa gagal.

Contohnya seperti China yang memiliki rakyat yang cukup ramai iaitu seramai 1,443,236,762 penduduk, angka itu direkodkan oleh worldometers.info.

Mungkin disebabkan faktor tersebut, pemimpin republik itu membina banyak empangan demi membekalkan sumber tenaga hidroelektrik kepada rakyat.

Pun begitu, apa yang menjadi kemusykilan warganet apabila satu projek empangan tersebar, Empangan Baihetan mampu disiapkan dalam tempoh empat tahun sahaja.

empangan baihetan

Bagaimana negara itu mampu menyiapkan dalam tempoh yang singkat itu?

Ramai yang berpendapat, gabungan teknologi kecerdasan buatan dan tenaga manusia yang dikerah, barangkali itulah faktor mendorong projek itu boleh disiapkan dalam tempoh singkat.

Lapor scmp.com, China yang terkenal dengan kuasa besar itu memiliki beberapa loji hidroelektrik baharu yang sedang dibangunkan.

Artikal berkaitan: China terbangkan 600 dron untuk ‘cipta semula’ karya agung Van Gogh di udara, pecah rekod Guinness World Records!

Pun begitu, dalam banyak loji yang dibangunkan, loji Empangan Baihetan menjadi tumpuan kerana kedua paling terbesar yang mampu membekalkan kapasiti sumber tenaga sebanyak 16,000 megawatt (MW).

Loji tenaga hidro tersebut dijangka siap sepenuhnya pada Julai nanti dan dikatakan mampu membekalkan 16 kali lebih banyak tenaga berbanding Empangan Hoover di Amerika Syarikat.

empangan baihetan

Bahkan, kemudahan hidroelektrik Baihetan mampu menghasilkan 60 bilion kilowatt jam (KWh) elektrik dan menjadi projek pertama yang menggunakan generator turbin hidro berkapasiti 1,000MW.

Fuh! Bukan itu sahaja, empangan yang dibina dengan ketinggian 300 meter itu dikatakan diperbuat daripada 8 juta meter padu konkrit.

Menara loji empangan tersebut menghubungkan wilayah Jinshajiang yang terkenal dengan jolokan Sungai Pasir Emas manakala bahagian bawah menghubungkan Sungai Yangtze.

Kapasiti loji itu mampu membekalkan tenaga sejauh 2,000 kilometer sepanjang wilayah Jiangsu meliputi kawasan kilang, bangunan pejabat dan penempatan penduduk.

empangan baihetan

Iklan

Jika diselidik lebih mendalam, sebenarnya projek tersebut menerima banyak bantahan kerana berisiko terdedah dengan ancaman gempa bumi.

Projek penuh kontroversi itu bagaimanapun tetap diteruskan kerana dikatakan mampu menghasilkan lebih banyak tenaga berbanding empangan sedia ada.

Artikal berkaitan: Tiga vaksin Covid-19 termasuk Sinovac dari China kini lulus pendaftaran secara bersyarat

Ini kerana perolehan tenaga lebih banyak dengan gabungan projek tenaga air di loji empangan Wudongde bersama stesen janakuasa hidroelektrik Xiangjiaba dan Xiluodu.

Selain empangan yang dibangga-bangga rakyat Tanah Besar itu, ada lagi sebenarnya loji tenaga yang dibina kerajaan China seperti berikut:

Iklan

1. Empangan Tiga Gorges
Empangan ini satu ketika dahulu menjadi yang paling terbesar, bukan sahaja di China bahkan di dunia.
Empangan yang siap pada tahun 2008 itu mempunyai kapasiti tenaga sebanyak 22,500 MW.
Selain berfungsi sebagai loji hidroelektrik, empangan itu juga dibina untuk mengurangkan risiko banjir oleh Sungai Yangtze.

empangan baihetan

2. Empangan Ahai
Empangan paling kecil dengan purata tenaga yang disumbangkan sebanyak 2,000 MW dan dibina pada tahun 2014.
Meskipun paling kecil di China, namun empangan itu menduduki tempat ke 70 dalam senarai empangan di dunia.

3. Empangan Gezhouba
Empangan yang terletak di wilayah Hubei ini juga dikenali dengan Projek Kawalan Air Gezhouba dan paling tertua di China.
Mampu membekalkan tenaga sbeanyak 2,715 MW dan ketika pembinaan, masih menggunakan kaedah konvensional.

empangan baihetan