MENGERIKAN, demikianlah perkataan pertama terdetik di fikiran apabila mengikuti kisah pembunuhan gadis ini.

Seorang ahli farmasi akhirnya dipenjarakan selama 25 tahun selepas didapati bersalah memenggal kepala mangsanya, pelajar rekaan fesyen yang juga seorang jurusolek, merebus kepala gadis itu, mencabut gigi selepas dirogol.

Rakhmanberdi Torebekov, 28, membunuh Ayazhan Edilova, 19, selepas gadis itu pergi ke pangsapurinya bagi mengambil ukuran pakaian yang ditempah.

Baca juga: 90 tekapan seterika, rusuk patah, rajah laporan bedah siasat Zulfarhan runtun hati rakyat Malaysia

Bukti video yang menunjukkan Torebekov membawa Edilova menaiki lif dan itulah kali terakhir gadis dilihat masih hidup.

Sebuah mahkamah di Kazakhstan mendengar butiran kes mengerikan berprofil tinggi secara rahsia.

Edilova yang bekerja untuk tukang jahit tempatan dihantar untuk mengambil ukuran. Selepas urusan tersebut, gadis itu mempunyai perancangan untuk keluar malam bersama teman lelakinya.

Pegawai penyiasat percaya Torebekov memperkosa dan membunuh Edilova selepas gadis itu menolak permintaannya untuk melakukan hubungan intim.

Lebih kejam lagi, mahkamah memaklumkan lelaki psikopat itu turut memotong badan Edilova, memenggal kepala dan mencabut kuku dan gigi gadis itu dalam cubaan untuk menyembunyikan kesan pembunuhan itu!

Iklan

Torebekov digelar 'gila dan jahat' oleh keluarga mangsa menuntut agar lelaki itu dipenjara seumur hidup.

"Apabila kami melihat gambar bahagian badan ditemui di tempat kejadian. Kuku dan setiap batang gigi dicabut dan semuanya dimasukkan ke dalam beg plastik yang berasingan.

"Kenapa dia perlu melakukan ini jika dia bukan gila?

"Jika dia hanya perlu menyembunyikan pembunuhan itu, mengapa dia mencabut semua gigi dan kuku?

Iklan

"Kenapa dia memenggal kepalanya dan merebusnya?” kata Almat Mulikov, abang kepada Edilova yang kecewa dengan tindakan pembunuh itu.

Lebih menyedihkan, Mulikov mendakwa Torebekov mengambil masa 24 jam untuk mengasingkan bahagian badan adiknya selepas dibunuh.

Torebekov digambarkan sebagai seorang ahli farmasi terlatih dengan latar belakang pendidikan perubatan serta dilahirkan daripada keluarga yang baik-baik di bandar Almaty.

Pembunuh psikopat itu mengaku memotong mayat Edilova dan meletakkan anggota yang dipotong di dalam bekas sampah di lokasi berasingan di sekitar bandar.

Torebekov mengaku melakukan pembunuhan itu pada Mac 2021 dan Hakim Erkin Maishinov telah menjatuhkan hukuman penjara 25 tahun.

Dia diperintahkan membayar £34,000 (RM192,148) sebagai sebahagian pampasan kepada keluarga pelajar itu.

Baca juga: Dua Beradik Dicampak Dari Tingkat 15 Oleh Bapa Kandung Sendiri, Kisah Tragis Ini Buat Ramai Berang

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Daily Mail