Cinta padang pertama! Jumpa jodoh ketika mesyuarat PIBG, lelaki kahwini ibu rakan sekelas

No Image Caption
A
A
A

SIAPA sangka, cinta pertama yang berputik di sebuah sekolah di Shizuoka, Jepun akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin selepas bertahun-tahun memendam perasaan.

Isamu Tomioka jatuh cinta pandang pertama pada Midori, ibu kepada rakannya, ketika acara perjumpaan ibu bapa dan guru.

Menurut Tomioka, ketika pertama kali melihat Midori, beliau sudah menyukainya namun perasaan itu hanya mampu disimpan dalam diam.

Selepas 10 tahun memendam rasa, takdir menemukan mereka semula menyebabkan jejaka itu nekad mengajak wanita tersebut makan malam dan meluahkan perasaannya.

Artikel Berkaitan:

Sayangnya, Midori yang ketika itu seorang ibu tunggal menolak lamaran Tomioka kerana menganggap lelaki berusia 32 tahun itu hanya bermain-main.

Namun, beliau tidak mudah berputus asa dengan mengajak Midori keluar selama 30 hari berturut-turut sebagai bukti kesungguhannya.

Meski begitu, pada hari ke-30 Midori masih menolak cinta lelaki berkenaan kerana bimbang akan pandangan masyarakat dan penerimaan anaknya.

Bagaimanapun, jodohnya telah sampai apabila anak Midori sendiri merestui hubungan mereka.

Dengan sokongan keluarga, Tomioka akhirnya disatukan dengan wanita berusia 53 tahun itu sebagai suami isteri pada tahun 2023.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang