'Satu pendedahan yang baik.. ' Bella Astillah temani Syed Saddiq ke Parlimen curi perhatian ramai

DALAM perkembangan terkini yang pasti mengejutkan ramai, pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, dilaporkan akan menemani Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, ke sidang Parlimen pagi ini.
"Saya rasa soalan ini boleh ditanyakan kepada Bella esok di Parlimen, Insya-ALLAH beliau ada nanti," dedah Syed Saddiq ketika ditemui SinarPlus.
Hubungan akrab antara Bella dan Syed Saddiq mula menjadi bualan hangat sejak kebelakangan ini, terutama selepas kolaborasi mereka dalam beberapa projek bersama.
Selain itu, mereka juga sering dilihat meluangkan masa bersama dalam pelbagai aktiviti, termasuk sesi siaran langsung di media sosial dengan sisi berlainan Syed Saddiq apabila disamping ibu kepada dua orang cahaya mata itu sekali gus menarik perhatian peminat.
Pemilik nama Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman Al-Sagoff sangat sinonim dengan wajah tampan dan kepetahannya dalam berucap di sidang Dewan Rakyat.
Oleh sebab itu juga, Syed Saddiq telah mempunyai peminat dan pengikut muda dalam bidang politik yang diceburinya.
Namun, sejak Oktober tahun lalu, Syed Saddiq secara tidak langsung menjadi cameo dalam muzik video Tapi Bukan Denganmu nyanyian Bella sendiri.
Anak bongsu daripada empat beradik itu memberi bayangan bahawa Bella sedang cuba mempelajari rutin harian Syed Saddiq, seolah-olah bersedia untuk memahami kehidupan sebagai pasangan sebenar.
"Saya sudah mengenali Bella sekian lama, seorang yang baik dan prihatin terhadap rakyat, jadi bila beliau ke Parlimen ia satu pendedahan yang baik," katanya.
Walaupun spekulasi mengenai hubungan mereka semakin hangat diperkatakan, kedua-duanya memilih untuk tidak mengesahkan atau menafikan status sebenar hubungan mereka.
"Isu kahwin saya tak nak komen," ujarnya.
Kehadiran Bella di Parlimen pagi ini pastinya akan mencuri tumpuan ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada ahli politik serta orang awam.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang