CINTA sejati sukar dicari dan setiap individu ada cara tersendiri untuk meluahkan cinta terhadap pasangan masing-masing.

Kekayaaan tidak menjamin sebarang kebahagiaan tetapi cinta berteraskan iman mampu membawa hingga ke Syurga.

Seperti seorang wanita di Vietnam yang sanggup meninggalkan kekayaan untuk hidup bersama seorang lelaki miskin.

Wanita yang berusia 28 tahun itu melupakan semua kesenangan yang dikecapi demi mengejar cinta hatinya.

Dia yang dikenali sebagai Tam berasal daripada keluarga yang kaya. Dia sebelum ini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Akan tetapi, perkahwinannya berakhir dengan perceraian selepas sembilan tahun berumah tangga.

Selepas bercerai, ibu bapa Tam mahu membantu menjaga dia dan anaknya, namun Tam jatuh cinta dengan seorang lelaki miskin dari bandar Soc Trang.

Keluarga Tam sangat melarang dan tidak merestui hubungan itu. Malangnya larangan itu langsung tidak diendahkan.

Ibu bapa Tam memberinya pilihan untuk meninggalkan suami baharunya itu bersama empat anak dan menikmati hidup mewah.

Pun begitu, Tam tetap enggan berbuat sedemikian, membuatkan ibunya bertegas tidak mahu menerimanya lagi.

Tam bersama suami baharunya tinggal di rumah sewa berhampiran kawasan perindustrian untuk berteduh sebelum berpindah ke bilik motel yang sempit.

Mereka sekeluarga kini menyara hidup dengan mengutip barang terpakai dan menjualnya. Tam sering ditemani anak-anaknya ketika mencari sampah.

Layanan yang diberikan keluarga Tam berbeza jika dibandingkan dengan keluarga suaminya yang miskin dan tinggal di luar bandar.

Baca juga Ibu koma terima ijazah sarjana atas katil, hidap kanser otak jarang berlaku

Cinta
Cinta

Begitulah jika sudah menemui cinta sejati. Sementara itu, ini 10 petua untuk mengetahui anda telah mendapat cinta sejati;

1. Cinta itu berteraskan iman. Hubungan anda dengan ALLAH semakin kukuh. Ibadah semakin sempurna.

2. Setiap bait kata-kata terselit pujian buat pasangan. Ia beri semangat, kekuatan dan tenaga positif untuk mulakan hari.

3. Tegur dengan tertib dan hikmah. Tertibnya mudah. Puji tujuh kali dahulu, kemudian kali ke lapan baru menegur.

Iklan

4. Cinta berputik seperti mula-mula berkenalan dulu. Sentiasa beri hadiah, ucapan cinta, makan di luar dan aktiviti yang dapat memupuk lagi cinta.

5. Menempuh ujian bersama. Sentiasa memberi sokongan tatkala pasangan lemah atau hampir putus asa. Hal itu akan jadi momen yang indah saat kalian sudah berjaya tempuh semua itu.

6. Lihat konflik sebagai jendela untuk mengenali pasangan dengan lebih akrab. Bukan menghukum atau membiarkannya lalui seorang diri. Konflik untuk dihadap bukan dilepaskan.

7. Cinta itu harus berteraskan kejujuran. Tiada penipuan dan kepalsuan dalam memupuk cinta sejati. Tiada dusta dalam hubungan. Kerana lambat laun, ia boleh terhurai juga.

8. Cinta yang tidak pernah berdendam. Maafkan pasangan dengan ikhlas setiap malam sebelum tidur. Kemaafan mencuci hati dan minda, menyembuhkan penyakit, mencantikkan wajah, memakbulkan doa dan menjadi pintu untuk masuknya hidayah Allah.

Baca juga Sanggup lepaskan gaji lebih RM157,000 setahun, jutawan wanita ini buktikan hobi shopping boleh jadi kaya

Iklan

9. Cinta sejati menghormati perbezaan antara dua insan yang disatukan. Perbezaan yang wujud berfungsi melengkapkan dan memberi keseimbangan antara satu sama lain.

10. Cinta sejati meletakkan hak pada tempatnya. Kita sentiasa menghormati hak, peranan dan tanggungjawab pasangan. Fokus pada usaha memberi daripada menerima. Moga cinta sejati terus wujud dalam rumahtangga kalian ya. In shaa Allah.

Cinta sejati itu wujud cuma perlulah dipupuk agar sesebuah hati dan perasaan menjadi satu cinta. Janganlah dilukai hati yang mencintai diri anda.

Sumber: Wolipop, eva.vn, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.