Ibu koma terima ijazah sarjana atas katil, hidap kanser otak jarang berlaku

A
A
A

BAGAIKAN wira yang sedang berjuang, semangatnya tidak kunjung padam. Biarpun sedang koma, ibu muda ini berjaya meraih ijazah sarjana atas ketekunannya.

Tidak hanya itu, Anna Yu, 28, pelajar sarjana perakaunan tidak sempat mencurahkan sepenuh perhatian buat bayinya, Sunny. Selepas lima bulan melahirkan, wanita berkenaan disahkan mengalami ketumbuhan bersaiz 10 sentimeter (cm) pada tulang belakang.

Baru-baru ini, Yu menerima ijazah sarjana yang diusahakannya sejak dua tahun lalu ketika terbaring koma di sebuah hospital di Darwin, Australia.  Yu yang melahirkan anak sulungnya pada bulan Februari disahkan mengalami Glioblastoma Multiforme (GBM) iaitu sejenis kanser yang ganas dan cepat merebak.

Baca juga: Glioblastoma salah satu jenis kanser yang agresif. Ini 11 gejala yang perlu kita tahu

Baca juga: Disangka masalah cacing gara-gara perut buncit, budak 2 tahun derita kanser hati perlukan bantuan orang ramai

Suaminya, Will Hou berkata setelah berbulan-bulan menjalani rawatan, wanita itu akhirnya koma selepas mengalami demam panas dan sawan. Walaupun dalam keadaan tidak sedarkan, wanita itu masih mampu mendengar.

Sehari sebelum penyampaian ijazah sarjanaya, pihak universiti telah menghubungi dan memberitahu wanita itu telah berjaya menamatkan pengajiannya. Sebagai wnaita yang cekal, Yu tetap meneruskan pengajiannya walaupun dalam keadaan sakit.

Begitu tinggi semangat wanita itu. Yu menghabiskan pengajian peringkat sarjananya ketika menerima rawatan kimoterapi di hospital.

“Beliau terus belajar walaupun sedang bertarung dengan penyakitnya dan akhirnya menamatkan pengajian. Beliau baru sahaja mencapai ijazahnya. Ingati beliau, namanya Anna,” Hou berkata semasa ijazah isterinya disampaikan.

Lebih memilukan, wanita itu dalam keadaan lemah seakan mengerti menerima kejayaan yang diusahakannya selama ini.

"Apabila kami memberitahu Anna tentang berita baik itu, dia tidak bergerak tetapi matanya terbuka sedikit," kata Hou.

Baca juga: PCOS boleh sebabkan kemandulan, kanser, diabetes dan serangan jantung. Ini cara mencegah

Glioblastoma biasanya hanya dihidapi pesakit berumur 60-an dengan kira-kira tiga dalam 100,000 populasi.

Bagi pesakit kanser jenis ini, kadar peluang untuk hidup menurun sebanyak 40 peratus pada tahun pertama selepas diagnosis. Malah ia terus menurun ke 17 peratus pada tahun kedua.

Ketika mula menerima rawatan, Yu diberitahu hanya  mempunyai baki tiga hingga enam bulan untuk hidup.

Upacara penyampaian ijazah buat Yu dilakukan di atas katil di saat tubuhnya terbaring lemah menyentuh hati para petugas dan orang sekeliling.

“Anna adalah seorang pejuang, beliau pahlawan kami dan pejuang. Isteri saya tidak pernah mengadu apa-apa, beliau tidak pernah takut,” kata Hou yang turut mendedahkan bahawa kanser yang dialami isterinya sangat jarang berlaku, kira-kira satu hingga dua kes dikesan di Australia.

Wanita berjiwa besar, Yu sebelum ini mendaftar sebagai penderma organ. Tetapi kerana barah yang dihidapi sudah merebak ke organ-organ, hasratnya berkubur.

Kisah yang menimpa ibu muda ini menyentuh hati ramai. Justeru wanita, jangan abaikan simptom atau kelainan pada tubuh, dapatkan pemeriksaan segera.

Baca juga: Sebelum jalani ujian pap smear untuk kesan kanser serviks, berikut 5 perkara yang tak boleh wanita lakukan

LIMA INFO GLIOBLASTOMA MULTIFORME

1-GBM ialah tumor yang terbentuk dari sel astrosit iaitu sel yang berfungsi untuk menjaga kesihatan sel saraf dalam otak.

2- Ia terjadi disebabkan sel astrosit berkembang secara abnormal dan ketumbuhan itu boleh berkembang dari astrositoma tahap 2 atau 3 hingga menjadi kanser otak tahap 4 (glioblastoma).

3- Pada tahap 4, ketumbuhan itu cenderung menjadi lebih agresif dan dengan cepat boleh tersebar ke jaringan otak yang terdekat.

4- Ia bergantung kepada bahagian ketumbuhan itu ditemui. Sebagai contoh, sekiranya ia terjadi pada bahagian otak yang mengawal lengan, bahagian akan cenderung berasa lemah.

4- Terdapat beberapa gejala kanser ini yang selalu terjadi, antaranya ialah:

i. Sakit kepala berterusan.

ii. Penglihatan kabur.

iii. Mual dan muntah.

iv. Hilang selera makan.

v. Perubahan hati dan keperibadian.

vi. Perubahan kemampuan berfikir dan belajar.

vii. Sukar berbicara.

viii. Hilang keseimbangan atau sukar berjalan.

ix. Terasa lemah pada bahagian tertentu.

x. Masalah memori.

xi. Kekejangan.

Sumber: New York Post, news.com.au

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang