Covid-19: Bekalan oksigen pesakit di India semakin berkurang, pihak hospital tagih simpati penduduk dunia

A
A
A

BUKAN calang-calang ya jumlah penduduk yang disahkan positif Covid-19 di India sejak akhir-akhir ini dan keadaan itu telah mengemparkan dunia.

Mana tidaknya, seramai 354,531 kes baharu dilaporkan (setakat semalam) sekali gus meletakkan India sebagai negara kedua paling tinggi selepas Amerika Syarikat.

Mereka yang terkorban pula akibat pandemik ini adalah 195,116 orang.

covid-19 india

covid-19 india

Boleh dikatakan, situasi yang berlaku di India agak menakutkan kerana lebih 17 juta kes positif Covid-19 dilaporkan sejak tahun lalu.

Ya, anggaran lebih tepat lagi adalah 17,306,300 juta orang!

covid-19 indiaJumlah yang sangat ramai itu mendorong kepada lambakan pesakit di hospital awam, mahupun swasta.

Lapor channelnewsasia.com, jumlah pesakit yang bertambah secara mendadak itu menjadikan bekalan oksigen semakin terhad dan tidak mencukupi.

Mereka yang berdepan masalah pernafasan kronik terpaksa bergantung harap dengan alat bantu mudah alih yang dipasang di dalam kereta.

covid-19 india

Sedih melihat foto-foto yang tular di media sosial. Memang cukup meruntun hati apabila melihat keadaan pesakit yang lemah di dalam kenderaan ketika cuaca panas.

Lagi sadis, ada hospital yang sudah tidak mampu untuk menerima pesakit lagi.

Dalam laporan kompas.com, Hospital Max yang cukup terkemuka di negara republik itu sudah menaikkan bendera putih.

Ini kerana bekalan oksigen yang ada di hospital berkenaan hanya boleh menampung keperluan kurang satu jam.

covid-19 india

Bayangkan, jika hospital lain turut berdepan masalah sama sedangkan India memiliki seramai 1.39 bilion populasi penduduk, apa yang bakal berlaku?

Sampaikan satu tahap, mereka terpaksa menagih simpati dan bantuan luar untuk membantu menambah bekalan oksigen buat pesakit yang kritikal di media sosial.

Pun begitu, kerajaan di sana memaklumkan bahawa bekalan oksigen masih mencukupi, namun disebabkan lokasi yang jauh menyukarkan proses penghantaran.

Pada masa sama, kerajaan Arab Saudi turut membantu negara itu dengan menghantar kira-kira 80 tan metrik oksigen bagi membantu mangsa yang terlibat.

covid-19 india

"Disebabkan India sedang melalui keadaan yang cukup sukar, Arab Saudi melihat ia satu tanggungjawab untuk membantu," kata Duta India ke Arab Saudi, Dr Ausaf Sayeed.

Moga-moga dengan inisiatif tersebut, bekalan yang diperlukan dapat diselesaikan dengan cepat.

Jika diperhatikan, punca peningkatan kes Covid-19 di negara Bollywood itu disebabkan beberapa penganjuran perhimpunan besar-besaran tanpa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

covid-19 india

covid-19 india

Contohnya, festival keagamaan terbesar yang dihadiri lebih kurang 25 juta orang selain pilihan raya di beberapa negeri juga menyumbang kepada jangkitan wabak virus korona tersebut.

Barangkali, apa yang berlaku di India ketika ini boleh dikadikan iktibar buat kita semua supaya jangan cepat lupa untuk mematuhi SOP.

Jika sikap sambil lewa masih tidak berubah, tidak mustahil kelonggaran untuk penganjuran bazar Ramadan dan solat berjemaah ditarik balik disebabkan peningkatan kes.

Apa yang penting, #kitajagakita dan jangan sesekali ingkar SOP demi bersama membantu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang