BAGAIKAN satu mimpi ngeri buat para penumpang pesawat Southwest Airlines apabila satu pendaratan kecemasan terpaksa dilakukan.

Semua itu berlaku gara-gara tindakan seorang wanita yang cuba membuka pintu keluar pada bahagian belakang kapal terbang tersebut pada ketinggian 11,277 meter.

Lapor Mirror UK yang dikongsikan baru-baru ini, Elom Agbegninou dikatakan mendengar suara ghaib yang menyuruhnya untuk berbuat demikian.

Sebelum kejadian, wanita berusia 34 tahun tersebut dikatakan tidak senang duduk dan mengadu mengalami masalah sukar untuk bernafas.

Suspek yang dikatakan kurang siuman itu kemudian dilihat berjalan seorang diri menuju ke arah belakang pesawat dan mula merenung pintu keluar dengan penuh taasub.

pesawat hijaked

Pelik dengan tingkah laku wanita yang begitu mencurigakan, pramugari yang bertugas memintanya untuk pulang ke tempat duduk semula.

Tanpa mengendahkan arahan kru kabin, suspek kemudiannya bertanya sama ada dia boleh melihat ke luar tingkap pesawat.

Malangnya sebaik sahaja permintaan itu ditolak, Agbegninou secara agresif menolak petugas dan terus memegang pemegang pintu keluar.

Baca juga Pertunjukan udara di Texas bertukar tragedi. Ini 5 nahas terburuk libatkan pesawat, MH17 juga tersenarai

Lagi membuatkan suasana bertambah panik, wanita berkenaan cuba membuka pintu kecemasan beberapa kali sebelum dihentikan pramugari terlibat.

Kekecohan tersebut menarik perhatian penumpang lain dan mereka cuba untuk menghalangnya sebelum berlaku pergelutan.

pesawat hijaked

Suspek dilaporkan menggigit paha seorang penumpang dengan ganas menyebabkan mangsa terpaksa bergelut untuk melepaskan diri.

Tidak cukup dengan itu, wanita berambut pendek tersebut juga menghantukkan kepalanya beberapa kali di lantai dan cuba melepaskan diri daripada tahanan.

Suspek kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa yang sudah menunggu di Lapangan Terbang Nasional Bill dan Hillary Clinton di Little Rock, Arkansas.

‘MISI MISTERI’

Hasil siasatan lanjut mendapati, suspek yang menaiki pesawat dengan keadaan sehelai sepinggang itu dikatakan mempunyai ‘misi misteri’.

Mana tidaknya, Agbegninou dikatakan mendengar ‘arahan ghaib’ yang menyuruhnya menaiki pesawat yang membuat perjalanan dari Houston ke Columbus.

Baca juga [VIDEO] ‘Pergi haji atau ke New York Fashion Week?’ Gelagat jemaah wanita balik dari Tanah Suci ‘melaram’ dalam pesawat raih perhatian!

Lebih menghairankan, suspek dikatakan dalam perjalanan mahu ke Maryland dan meninggalkan rumah tanpa memberitahu ahli keluarga termasuk suaminya.

Iklan

Menurut portal itu lagi, wanita terbabit berdepan pertuduhan menyerang dan menghalang tugas kru kabin sehingga mengakibatkan kecederaan.

pesawat hijaked

Agak menggerunkan apabila perjalanan yang disangka aman berubah menjadi huru-hara disebabkan seseorang yang kita tidak kenali langsung.

Nasib baiklah para petugas peka dengan situasi semasa dan bertindak tangkas menyelamatkan keadaan.

Sebenarnya banyak kejadian cubaan individu untuk membuka pintu keluar atau kecemasan pernah dilaporkan media sebelum ini.

pesawat hijaked

Berikut info berkaitan:

Iklan

1. Pada Mei 2022, seorang penumpang pesawat United Airlines membuka pintu kecemasan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare dan berjalan di atas sayap kapal terbang.

2. Pada September 2021, pesawat Citilink QG944 dari Jakarta ke Batam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II, Palembang, Sumatera Selatan selepas seorang kanak-kanak membuka pintu kecemasan.

Baca juga Balik bertugas, doktor wanita, jururawat terlibat insiden helikopter terhempas, berikut kronologi kejadian

3. Pada September 2013, seorang penumpang pesawat Lion Air bertindak membuka pintu kecemasanketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara atas alasan pendingin hawa tidak sejuk.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi