ANGGOTA Angkatan Tentera Darat Indonesia (TNI), Aprilia Santini Manganang, menangis terharu dan bersyukur saat permohonannya untuk menukar nama dan status jantina diluluskan Mahkamah Daerah Tondano, Jumaat lalu.

Aprilia, yang hidup sebagai wanita selama 28 tahun, kini secara rasmi menjadi lelaki sejati.

Menurut Tribunnews, permohonannya untuk menukar namanya menjadi Aprilio Perkasa Manganang juga diluluskan oleh Hakim Mahkamah Daerah Tondano, Nova Loura Sasube.

Hakim meluluskan permohonan pertukaran jantina daripada wanita kepada lelaki berdasarkan tersebut dibuat berdasarkan keterangan saksi, ahli dan bukti.

Berhubung isu kependudukan, Nova turut memerintahkan pejabat sekretariat mahkamah mengirimkan salinan keputusan kepada Pejabat Penduduk dan Pendaftaran Awam Daerah Sangihe.

Sebelum ini, nama bekas atlet bola tampar wanita Indonesia, Aprilia Manganang telah menjadi sebutan apabila disahkan seorang lelaki selepas dia melakukan ujian perubatan sejak 3 Februari lalu.

Dibesarkan wanita, Aprilia Manganang lalui detik indah disahkan lelaki sejati

Dia yang dibesarkan sebagai seorang perempuan akhirnya berasa lega setelah keputusan ujian perubatan mendapati dia adalah seorang lelaki kerana mempunyai organ dan kadar hormon testosteron lebih tinggi seperti seorang lelaki.

Iklan

Baca juga Lelaki ini beli iPhone secara online, terkejut bila meja berbentuk telefon pula yang sampai!

Paling menyentuh hati apabila perjalanan proses rawatan Aprilia yang dikongsi di YouTube TNI AD sehingga membuatkan mereka yang hadir pada upacara tersebut menitiskan air mata.

Iklan

Ketika ini, Aprilia Manganang telah menukar nama menjadi Aprilio Perkasa Manganang dan sah sebagai seorang lelaki.

Upacara menukar tag nama juga dilakukan oleh pihak atasan tentera Indonesia.

Beberapa foto yang tular di media sosial turut memperlihatkan dia yang tidak dapat menahan tangis kerana terlalu bersyukur permasalahan yang dihadapinya kini selesai.