PELAKON terkenal Korea Selatan, Lee Sun-kyun sebelum ini disyaki atas penyalahgunaan dadah ditemui mati pada Rabu.

Pemenang Oscar dari filem ‘Parasite’ itu ditemui oleh pihak polis tidak sedar diri di dalam sebuah kereta berhampiran Taman Waryong di tengah bandar Seoul pada jam 10.30 pagi.

Menurut pegawai bomba, pelakon berusia 48 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat akan dibawa ke Hospital Universiti Nasional Seoul.

Baca juga: Kes sakit jiwa di Malaysia semakin merisaukan. Kenali gejala skizofrenia yang jadi penyebab penderita bunuh diri

Pengurus Sun-kyun sebelum itu melaporkan kepada polis bahawa pelakon tersebut meninggalkan rumah selepas menulis nota bunuh diri malah kereta miliknya hilang.

“Saya juga pergi ke rumahnya di Cheongdam-dong di Selatan Seoul selepas beliau tidak dapat dihubungi,” ujarnya.

Baca juga: Wanita ugut mahu bunuh diri jika selebriti Indonesia, Baim Wong tak bayarkan sewa rumahnya

Sebelum itu, pelakon drama Pasta tersebut masih di bawah siasatan pihak polis berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

Pada Oktober lalu, Sun-kyun tampil menzahirkan permohonan maaf terhadap isu berkenaan. Sebelum itu, beliau hadir ke balai polis Incheon bagi memberi keterangan kepada pegawai penyiasat.

Baca juga:Lelaki ini hanya menikmati pemandangan namun disangka ingin bunuh diri

Dalam pada itu, agensi pelakon terbabit, HODU&U Entertainment turut mengesahkan perkara berkenaan.

“Tidak ada cara untuk meluahkan perasaan sedih yang mendalam dan suram ini.

Iklan

“Kami meminta orang ramai untuk tidak menyebarkan maklumat palsu berdasarkan spekulasi atau andaian tidak berasas, dan laporan berniat jahat, supaya detik terakhir si mati tidak dicemari.

“Pengebumian beliau akan diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga dan rakan sekerja,” katanya.

Sun-kyun telah mendirikan rumah tangga bersama aktres, Jeon Hye Jin pada 2009 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber:The Korea Times.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!