SEMALAM tular satu rakaman seorang lelaki yang hanya berniat untuk menikmati pemandangan dari atas bangunan, namun disangkakan ingin membunuh diri.

Video berdurasi 1 minit 16 saat itu memaparkan lelaki itu berdiri dan duduk di atas dinding tebing atap bumbung sambil merakam pemandangan senja.

Tanpa disangka-sangka orang ramai mulai berkumpul dan melihat ke arah lelaki berkenaan yang disangka ingin terjun dari bangunan itu.  

@sapimonyanyooo Balas kepada @izzuddiinqassam Cerita sini habis ini 🚶🏻💨 #fypシ #sekganuhadir ♬ Funny Song – Cavendish Music

Tindakannya itu juga membuatkan kelibat anggota bomba hadir  ke lokasi berkenaan malahan gambarnya dikatakan ingin bunuh diri itu tular di dalam aplikasi WhatsApp. 

Rakaman yang dimuat naik di dalam aplikasi TikTok ini mendapat lebih sejuta tontonan dan 167.3k tanda suka. 

Bukan itu sahaja, warganet turut meninggalkan komen dan rata-rata mereka bersyukur ada rakyat yang mengambil berat tentang orang yang ingin bunuh diri.  

Sekiranya ada seseorang ingin membunuh diri, ini yang perlu dilakukan:

  1. Ketahui sama ada seseorang itu mempunyai keinginan untuk membunuh diri dengan bertanyakan beberapa soalan seperti berikut:
  • Bagaimanakah anda menghadapi perkara yang berlaku dalam hidup anda?
  • Adakah anda pernah berasa untuk berputus asa?
  • Pernahkah terlintas di fikiran untuk mati?
  • Adakah anda terfikit untuk mencederakan diri?
  • Adakah anda berfikir tentang bunuh diri?
  • Pernahkah anda terfikir tentang bunuh diri sebelum ini atau cuba mencederakan diri sendiri sebelum ini?
  • Pernahkah anda berfikir tentang bagaimana atau bila anda akan melakukannya?
  • Adakah anda mempunyai alat yang boleh digunakan untuk membahayakan diri.

Baca juga: Lelaki rebah keracunan gara-gara guna peluntur cuci bilik air, isteri cerita detik cemas

Iklan
  1. Kenali tanda-tanda seseorang ingin membunuh diri, ini yang perlu diketahui:
  • Seseorang itu sering berbicara tentang membunuh diri.
  • Membeli atau menyimpan alat yang boleh digunakan untuk membunuh diri. 
  • Kurang berinteraksi dan sering bersendirian.
  • Perubahan emosi yang tidak stabil dan pada hari berikutnya kelihatan semakin teruk.
  • Taksub dengan kematian atau keganasan. 
  • Berasa seperti terperangkap dan berputus asa. 
  • Berlakunya peningkatan penggunaan arak dan dadah. 
  • Mengubah rutin harian seperti pola makan dan tidur. 
  • Melakukan perkara yang berbahaya seperti pengambilan dadah berlebihan dan memandu secara melulu. 
  • Menyerahkan harta kepada orang lain tanpa alasan yang jelas. 
  • Mengucapkan selamat tinggal seolah-olah tidak akan bertemu lagi.
  • Perwatakan berubah menjadi sangat cemas atau gelisah. 
  1. Dapatkan pertolongan daripada pihak yang terlatih dan bertanggungjawab untuk mengendalikan kes seperti ini. 
  2. Galakkan individu itu untuk menghubungi talian bantuan cegah bunuh diri, Sneham Malaysia Welfare Association di talian bebas tol 1800 22 5757 untuk mendapatkan sokongan emosi dan kaunseling.

Semoga bermanfaat!

Sumber: mayoclinic

Kredit video: sapimonyanyooo

Iklan

Baca juga: Puting beliung melanda Arau. Berikut tanda dan tip keselamatan ketika puting beliung

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI