SEDIHNYA! Pasangan beradik kembar perempuan ditemui sudah tak bernyawa sambil berpelukan di dalam sebuah kotak mainan!

Lagi memilukan, mereka dikatakan bermain di dalam bekas kayu yang penuh dengan permainan, kemudiannya tertidur akibat kepenatan.

Lapor portal Unilad, kisah tragis beradik kembar, Kellan dan Aurora Starr menggemparkan penduduk setempat di Jacksonville, Florida, Amerika Syarikat.

Awalnya, ibu bapa mangsa mengandaikan mereka tidur seperti biasa pada malam sebelum kejadian.

Pun demikian, difahamkan kedua-duanya terjaga dan bermain tanpa disedari di dalam bilik tersebut.

Kotak yang penuh dengan patung permainan dibuka oleh mangsa dan mereka bermain hingga lewat malam.

kembar mati berpelukan

Bekas yang tertutup rapat dan kalis bunyi menyebabkan mereka kekurangan udara.

Menurut ibu mangsa, Sadie Myers, mereka tidak menyedari si anak berada di dalam kotak tersebut.

“Mungkin Kellan dan Aurora bangun dan sambung bermain. Memang rutin mereka begitu bila bangun pagi, nampak mainan bersepah.

 

“Mereka selalunya tertidur di tempat yang pelik-pelik dan tak sangka, kali ini si kembar main dalam kotak yang sudah tak digunakan lagi,” katanya.

TRAUMA

Pada pagi tersebut, abang kepada pasangan kembar itu, Axton pelik apabila melihat adiknya tiada di dalam bilik.

Curiga dengan situasi itu, Myers dan suaminya mencari di semua sudut rumah, namun keberadaan si kecil itu gagal dikesan.

kembar mati berpelukan

Apalagi, menjeritlah si ibu di dalam rumah. Bukan saja panik, mereka bimbang sesuatu yang buruk berlaku.

Pencarian diteruskan ke luar rumah, namun kelibat si kembar tiada.

Baca juga Sepupu persis kembar seiras, kongsi DNA sama, 2 pemuda dedah fenomena unik jarang jumpa

Axton kemudian memberitahu adiknya tidur di dalam sebuah kotak.

Iklan

kembar mati berpelukan

Terkejut bukan kepalang Myers dan suami apabila melihat Kellan dan Aurora kaku di dalam bekas tersebut.

Luruh jantung mereka apabila si kembar itu berpelukan antara satu sama lain seolah-olah sedang lena tidur.

Kejadian tersebut meninggalkan kesan cukup mendalam buat keluarga itu.

kembar mati berpelukan

Kisah berkenaan sememangnya harus dijadikan iktibar oleh ibu bapa di luar sana.

Jangan sesekali membiarkan anak-anak tanpa pengawasan lebih-lebih lagi di bawah umur enam tahun.

Iklan

Baca juga Tinggal anak kembar dalam kereta, ibu ayah pergi open house? Perkongsian wanita cetus amarah ramai

Sila simpan bekas yang kedap udara dan kalis bunyi termasuk kotak-kotak kosong disimpan di tempat lebih selamat supaya insiden sama tidak berlaku.

kembar mati berpelukan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang