Dituduh curi duit nenek punca budak perempuan ini dipukul, tangan cuba dibakar bapa saudara

No Image Caption
A
A
A

TULAR seorang kanak-kanak perempuan dianiaya, dipukul dan ditendang tanpa belas kasihan oleh seorang lelaki di kediaman mangsa.

Video yang berdurasi lebih satu minit itu memperlihatkan mangsa yang berpakaian serba hijau diheret di ruang tamu rumahnya sambil kakinya di angkat oleh suspek.

Suspek yang juga bapa saudara kepada mangsa kemudiannya memukul kepala kanak-kanak itu menggunakan tangan dan menendang tubuh badan mangsa sehingga badan mangsa terbalik.

Tidak cukup dengan itu, suspek bertindak lebih kejam apabila cuba membakar tangan mangsa dengan pemetik api milik suspek.

Mangsa kemudian merayu agar perbuatannya dimaafkan dan dilepaskan dari kesakitan yang dialaminya. Kejadian penganiayaan itu berlaku di rumah mangsa dekat Desa Bonto Manai, Indonesia pada Ahad yang lalu.

No Image Caption

Bertindak berdasarkan siasatan, polis berjaya menahan suspek sehari selepas kejadian penganiayaan itu berlaku. Menurut siasatan awal, suspek tidak berniat untuk mendera anak saudaranya.

Bahkan hanya mahu menghukum mangsa kerana selalu mencuri duit milik neneknya.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan media tempatan Indonesia, mangsa dilaporkan tinggal bersama ibu dan ayah tirinya, manakala suspek tinggal berdekatan rumah mangsa mangsa.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa ke pusat perlindungan kanak-kanak di Kabupaten Bulukumba bagi mendapatkan perubatan fizikal dan pemulihan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang