DOKTOR haiwan di Bihar, India didakwa diculik sebelum dipaksa berkahwin dengan seorang gadis di daerah Begusarai, India. Namun rupa-rupanya ia hanya tipu helah lelaki berkenaan untuk berkahwin lagi.

Menerusi Times Of India, baru-baru ini ahli keluarga kepada doktor yang dikenali sebagai Satyam dikatakan menerima sebuah video daripada nombor telefon bimbitnya memaparkan lelaki ini sedang bersanding.

Bimbang akan keadaan Satyam, keluarganya bertindak membuat laporan polis dan mendakwa doktor veterinanr itu dipaksa berkahwin.

Baca juga: Hilang dikatakan disorok bunian, kisah doktor ini mengejutkan ramai apabila muncul plot twist tak disangka

Difahamkan, Satyam meninggalkan rumahnya untuk pergi merawat haiwan pada petang sebelumnya namun dia tidak pulang.

Bapanya, Subodh Kumar Jha mendakwa doktor berkenaan telah diculik dan dikahwinkan secara paksa.

Menerusi video yang tular di media sosial, Satyam dilihat sedang duduk bersama pengantin perempuan dan dikelilingi wanita lain.

Baca juga: Dek kalah ‘game’, pengantin perempuan dipukul di pelamin, ini tip kenali lelaki baran

Iklan

Dalam siasatan polis sehingga kini, Satyam pernah berkunjung ke rumah gadis itu untuk merawat lembu. Bagaimanapun pertemuan itu secara tidak langsung membibitkan cinta antara kedua-duanya.

Pada Isnin lalu, Satyam dipanggil oleh keluarga gadis itu dan berkahwin. Difahamkan video yang tular telah dirakam di rumah ibu saudara gadis berkenaan.

Pihak polis menambah doktor berkenaan berhak menyatakan pendiriannya berkahwin secara paksa.

Iklan

Baca juga: Isteri baru mula kerja, suami gendong bayi cari rezeki undang sebak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan