Isteri baru mula kerja, suami gendong bayi cari rezeki undang sebak

A
A
A

ISTERI baru mula bekerja, seorang suami dilihat cekalmenggendong bayi kecil demi mencari rezeki

Zaman sekarang tidak dinafikan manusia berlumba-lumba mencari rezekiuntuk menampung kehidupan.

Pelbagai usaha diatur dan dibuat untuk mendapatkannya, ada yang mudah perjalanannya juga sebaliknya.

Seperti yang tular baru-baru ini di mana seorang bapa dilihat menunggang motosikal sambil menggendong bayinya yang berusia setahun ketika keluar mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Menerusi perkongsian sebuah video di TikTok milik @abamskhai, dia terserempak dengan 'rider' tersebut di Jalan Chan Sow Lin sebelum menghampiri motosikalnya untuk bertanya lebih lanjut mengenai situasi yang dialami.

Ujarnya, dari jauh dia nampak motor lelaki itu dan ada kaki kecil yang terjuntai. Jadi dia membuat keputusan untuk memotong motor tersebut untuk lihat lebih dekat.

Namun pilunya apabula dia dapati penunggang itu adalah seorang lelaki, sebelah tangan pegang 'handle' motor dan sebelah tangan lagi menutup kepala seorang bayi daripada terkena panas mentari.

Dengan niat ingin sampaikan mesej bahawa tak semua orang boleh buat seperti bapa itu, lelaki itu panggil ketepi untuk berbual.

Baca juga Besarnya dugaan, wanita hamil kembar 3 keguguran jatuh di tandas buat ramai sebak

Isteri baru mula kerja, suami gendong bayi cari rezeki undang sebak

Rider tersebut memaklumkan dia menetap di Jinjang, Kuala Lumpur dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Tambahnya, dia mula membawa si kecil itu ketika keluar mencari rezeki sejak sebulan yang lalu kerana isterinya juga keluar bekerja.

"Wife keluar pukul sembilan, lepas tu saya start kerja. Kadang-kadang sampai petang, kalau tak hujan lambat sikit la.

"Kalau kat rumah je minum susu. Wife baru kerja. Kalau tak, dia tak kerja. Dekat sebulan (bawa bayi kerja). Anak ada tiga orang, seorang mak jaga, yang satu lagi sekolah," ujarnya.

Video berdurasi dua minit 19 saat itu mencuri perhatian warga maya. Ramai menzahirkan perasaan sebak dengan situasi kehidupan sekarang serta ada yang memuji tindakan hebat seorang ayah itu dalam mencari rezeki.

Baca juga Kematian dicemburui husnul khatimah, wanita meninggal dunia dalam sujud

Ujar mereka;

"Bukan suka-suka dia nak bawak anak... kemungkinan dia tak ada duit untuk upah pengasuh. Sebab bayaran pengasuh pun mahal. Semoga murah rezeki beliau."

"Dari mata dia dah boleh nampak dia memang tak cukup tido... Semoga dipermudahkn segala urusan."

"Luar biasa. Tak semua ayah boleh buat macam ni. Sama-sama kita doa 20 tahun lagi adik yang digendong jutawan."

"Mata yang penuh tersimpan 1000 duka. Allahuakbar. Moga sentiasa di bawah lindungan ALLAH, dipermudahkan segala urusan. Diberi rezeki tak putus-putus."

"Semoga sahabat dimudahkan urusan dimurahkan rezeki serta dilindungiNya. Menitis air mata memahami beban ditanggung sahabat."

@abamskhaiJom doakan Amirul dapat memikul tanggung jawab dengan penuh dedikasi♬ A warm piano instrumental ballad(808701) - NOPPO MUSIC

Sementara itu, setelah video terbabit tular, wakil kepada aktivis masyarakat, Ebit Lew ada berjumpa dengan bapa itu di Masjid Negara semalam dan menyampaikan sedikit sumbangan buatnya.

YANG BERUSAHA PASTI BERJAYA!

Begitulah, semoga memberi inspirasi kepada semua. Walaupun isteri keluar bekerja bagi mendapatkan wang membantu keluarga, ada si suami yang cekal untuk mencari rezeki.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca