Doktor paling seksi di Instagram dikecam gara-gara tidak patuh SOP Covid-19

Doktor paling seksi di Instagram dikecam gara-gara tidak patuh SOP Covid-19
November 27, 2020

OLEH kerana kelihatan seperti tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19, seorang doktor dan selebriti Instagram, Mikhail Varshavski, telah dikecam oleh pengikutnya di media sosial.

Menurut laporan Tribunnews memetik New York Post, doktor muda itu sangat terkenal dan mempunyai lebih 6.5 juta subscriber di YouTube, 3.9 juta pengikut di Instagram dan 2.9 juta di Facebook.

Malah, Mikhail atau dikenali sebagai Dr Mike juga disebut-sebut sebagai doktor paling seksi di Instagram.

Iklan

Namun, malangnya pengikutnya menjadi berang setelah tular foto yang menunjukkan Dr Mike berpesta di atas kapal di Miami dipercayai dalam majlis ulang tahun kelahirannya yang ke-31 tanpa memakai pelitup muka dan tidak menjaga penjarakan sosial.

Difahamkan sebelum ini, dia seorang yang sangat mementingkan protokol kesihatan untuk mencegah Covid-19, terutama pemakaian pelitup muka.

Menerusi foto tersebut, Dr Mike dikerumuni wanita dengan berbikini di Sunset Harbor dan terdapat juga foto dia memegang seorang wanita tanpa memakai pelitup muka.

Foto-foto tersebut mencetuskan amarah peminatnya.

Iklan

Kata mereka;

“Saya tahu itu adalah hidup anda dan anda dapat melakukan apa yang anda mahukan, tetapi anda telah memilih untuk menjadi tokoh masyarakat.

“Dan kerana itu dan profesion anda, anda berpegang pada standard yang lebih tinggi.”

“Anda harus menjadi contoh. Saya mengagumi dan menghormati anda. Sekarang semuanya hilang.”

“Anda mempunyai pengaruh perubatan yang besar. Orang ramai turut selalu mendapat ilmu perubatan mengenai pandemik Covid-19 daripada anda, itu bukan penampilan yang baik.”

Baca juga Gadis 19 tahun anak petani dinobat Miss Vietnam 2020

Dr Mikhail Varshavski dinobatkan sebagai ‘sexiest doctor alive’ oleh majalah People pada tahun 2015.

Dr Mike bekerja sebagai doktor utama di Chatham, New Jersey, New York.

Sementara itu, seorang wakil Dr Mike menyangkal tohmahan orang ramai dan mendakwa Dr Mikhail Varshavski hanya menanggalkan pelitup muka untuk berenang.

“Dr Mikhail Varshavski menanggalkan pelitup muka hanya ketika masuk dan keluar daripada air, juga sesuai dengan panduan CDC untuk topeng basah dan dia sentiasa memakai pelitup muka demi keselamatan di tengah musim wabak,” katanya.