Draupadi Murmu, bekas guru lakar sejarah muncul wanita kedua pegang jawatan Presiden India

Daripada bekas guru kini beliau mencipta sejarah apabila memegang jawatan orang nombor satu negara.

Perumpamaan tuah ayam nampak pada kaki, tuah manusia siapa yang tahu sesuai menggambarkan Draupadi Murmu yang muncul sebagai presiden wanita kedua negara itu.

Draupudi menggantikan Ram Nath Kovind, 76, yang tamat penggal lima tahunnya baru-baru ini.

Baca ni: ‘Tenang air muka, cantik macam bonda.’ Wajah terkini Puteri Ameerah raih perhatian, dipuji persis ibunya, Azrinaz!

Tidak seperti jawatan perdana menteri yang dilantik terus oleh rakyat sebagai ahli Parlimen, presiden India pula sebaliknya.

Calon bagi jawatan itu akan dilantik secara tidak langsung menerusi undi elektoral.

Ia membabitkan undian daripada 776 ahli Parlimen termasuk 4,033 ahli 28 Dewan Undangan Negeri dan Majlis Wilayah yang ditadbir pusat.

Membaca profil Draupudi membuatkan SinarPlus kagum. Masakan tidak, memasuki usia 64 tahun, beliau turut mencatat sejarah apabila muncul sebagai wanita pertama daripada suku minoriti Santhal yang dilantik sebagai presiden ke-15 India.

Iklan
Iklan

Bukan setakat itu sahaja, anak kelahiran negeri Odisha juga merupakan wanita kedua selepas Pratibha Patil yang memegang jawatan tertinggi negara tersebut.

Pada Jun 2022, Bharatiya Janata Party tampil mencalonkan Draupadi sebagai calon presiden National Democratic Alliance untuk pilihan raya tahun 2022 usai beliau menewaskan calon pembangkang Yashwant Sinha, 84.

Beliau kemudiannya terpilih sebagai presiden pada Julai 2022, sekali gus muncul sebagai presiden termuda negara itu dan yang pertama dilahirkan selepas kemerdekaan India pada tahun 1974.

PRESTASI HEBAT

Menyorot tentang salasilah kerjayanya, Draupadi yang lahir pada 20 Jun 1958 memulakan kerjaya sebagai guru terlebih dulu.

Kemudian, beliau bekerja sebagai seorang pembantu rendah di Jabatan Pengairan dan Tenaga Negeri dari 1979 hingga 1983.

Setelah itu, wanita berkenaan bertugas sekali lagi sebagai guru di Pusat Pendidikan Integrasi Sri Aurobindo di Rairangpur hingga tahun 1997.

Daripada seorang pendidik, beliau mendapat kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Gabenor Jharkhand ke-9 dari tahun 2015 dan 2021.

Sebelum itu, Draupadi memegang pelbagai portfolio dalam kabinet Kerajaan Odisha antara tahun 2000 dan 2004.

“Beliau mempunyai tempoh yang sangat baik sebagai Gabenor Jharkhand. Saya pasti beliau akan menjadi presiden yang cemerlang, memimpin India terus maju ke hadapan dan mengukuhkan perjalanan pembangunan India.” Demikian kata-kata yang diungkapkan Perdana Menteri Narendra Modi kepada figura yang sedang hangat diperkatakan di India kini.

Baca lagi: Dr Izazi angkat martabat bahasa Melayu di bumi Korea. Ini reaksi pelajar asing terhadap bahasa ibunda kita

DRAUPADI BUKAN NAMA SEBENAR

Dalam satu temu bual bersama majalah Odia, Presiden India baharu itu mendedahkan bahawa Draupadi bukanlah nama beliau yang sebenar, sebaliknya diberikan oleh seorang guru dari daerah lain.

Nama keluarganya, Santhali telah ditukar kepada Droupadi.

“Cikgu tersebut tidak suka nama saya sebelum ini dan menukarnya,” jelasnya ketika ditanya kenapa beliau dipanggil Droupadi, nama yang serupa dengan watak Mahabharata.

Beliau turut memberitahu, namanya juga telah ditukar beberapa kali daripada ‘Durpadi’ kepada ‘Dorpdi’.

Setelah berkahwin dengan Shyam Charan Tudu yang merupakan seorang pegawai bank, Droupadi mula menggunakan gelaran Murmu.

HILANG DUA ANAK LELAKI

Menurut laporan sama lagi, hasil perkahwinan bersama Shyam, pasangan tersebut dikurniakan tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan.

Bahagia yang dikecapinya hanya seketika apabila beliau diduga dengan kehilangan dua anak lelaki buat selama-lamanya.

Berdasarkan rekod, wanita berkaliber itu kehilangan anak sulungnya, Laxman yang ketika itu berusia 25 tahun.

Kemudian, beliau sekali lagi berdepan detik memilukan apabila anak lelaki keduanya, Sipun maut dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2013.

“Selepas kematian anak sulung, saya tertekan selama kira-kira dua bulan. Saya berhenti berjumpa orang dan berkurung di dalam rumah.

“Saya menghadapi tsunami dalam hidup apabila melihat tiga kematian ahli keluarga, dua anak dan ibu saya dalam tempoh enam bulan. Ia diikuti pula dengan suami yang jatuh sakit dan meninggal dunia pada tahun 2014.

“Ada masanya saya fikir saya mungkin mati bila-bila masa…” ujar beliau lagi dalam satu temu bual bersama Brahmakumari Godlywood Studio pada 18 Februari 2020.

Sumber Times of India

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.

 

 

 

 

Share
Zaiton Manaf

Published by
Zaiton Manaf

Recent Posts

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

8 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

11 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

13 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

13 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

15 hours ago

Nedim nafi rumah tangga bergolak, akui masih sayangkan Nora. ‘Hanya gaduh-gaduh manja’

EKORAN pengakuan pelakon Nora Danish mengenai kemelut yang melanda rumah tangganya, terbaharu suaminya, Nedim Nazri…

18 hours ago