Dua anak ‘parasit’ tak beri duit, ibu nekad mohon mahkamah halau dari rumah

SEORANG ibu di bandar Pavia, Itali, nekad memohon mahkamah untuk menghalau dua anak yang telah dewasa.

Ibu berusia 75 tahun itu mengakui sudah tak berdaya lagi untuk menampung mereka berdua yang kini berusia 40 dan 42 tahun.

Menurut dokumen mahkamah, ibu itu memanggil dua anaknya “parasit” kerana tinggal di apartmennya, tetapi tidak memberi wang mahupun tidak membantu langsung walaupun mereka berdua telah bekerja.

Memetik CNN International, hakim, Simona Caterbi yang mengendalikan kes itu akhirnya mengabulkan permintaan ibu yang namanya tidak didedahkan.

Si ibu dilaporkan tinggal berasingan dengan bapa kandung anak-anaknya. Dia terpaksa bergantung kepada wang pencen untuk menampung keperluan harian dan menyelenggara rumahnya.

Keputusan mahkamah pada Selasa lalu, memutuskan kedua anak tersebut harus meninggalkan rumah ibunya selewat-lewatnya pada 18 Disember 2023.

“Tiada peruntukan dalam undang-undang yang menyatakan bahawa kanak-kanak dewasa berhak untuk tinggal di rumah milik ibu bapa mereka,” kata Caterbi.

Baca juga Populasi semakin merosot, Hong Kong bayar ganjaran lebih RM12,000 galak pengantin baharu dapat anak cepat

dekorasi rumah
Foto: Unsplash 

 

Sementara itu, menurut akhbar La Provincia Pavese, dua beradik itu telah mengupah peguam untuk melawan ibu mereka di mahkamah.

Mereka percaya bahawa undang-undang Itali memerlukan ibu bapa menjaga anak-anak mereka selagi perlu.

Dalam keputusannya, Caterbi menyentuh undang-undang dan bersetuju. Bagaimanapun, katanya, kedua-dua mereka tidak boleh dibenarkan tinggal di rumah ibu bapa mereka.

Iklan

“Nampaknya ia tidak boleh dibenarkan lagi kerana kedua-dua defendan berusia lebih 40 tahun.

Baca juga Makanan sama seperti pejuang, berbudi bahasa, wanita tawanan Hamas dedah dilayan baik sepanjang ditahan

“Sebaik sahaja mereka melebihi umur tertentu, kanak-kanak tidak lagi boleh mengharapkan ibu bapa mereka untuk terus memenuhi kewajipan penjagaan (anak) mereka melebihi had yang tidak munasabah,” kata Caterbi.

Peguam untuk dua beradik itu berkata mereka belum memutuskan sama ada untuk merayu keputusan itu.

Iklan

Kejadian serupa juga berlaku pada tahun 2020. Pada masa itu Mahkamah Agung Itali memutuskan untuk menolak tuntutan mahkamah daripada seorang lelaki berusia 35 tahun yang masih mahukan bantuan kewangan daripada ibu bapanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!