'Dulu kawan tadika, kini suami isteri.' Selepas 20 tahun, lelaki ini temu jodoh dengan teman sepermainan 'kahwin-kahwin'

No Image Caption
A
A
A

SEPASANG suami isteri dari China mencuri perhatian dunia apabila dikatakan bertemu jodoh selepas terpisah hampir dua dekad yang lalu.

Baharu melangsungkan perkahwinan pada 7 Januari di Chaozhou, Guangdong, mereka sebelum itu pernah belajar di tadika yang sama. Namun berada di kelas dan darjah yang berbeza.

Lelaki yang dikenali sebagai Zheng bersama isteri yang tidak didedahkan nama pernah memasuki sebuah persembahan akhir tahun semasa di tadika mereka.

Dalam video yang kini tular, Zheng dan isterinya memainkan watak seperti pasangan berkahwin, dengan lelaki tersebut mengenakan pakaian sut lengkap manakala pasangannya tampil anggun dalam gaun putih panjang.

Sementara kanak-kanak lain pula menari dan berlakon sebagai pengiring pengantin lelaki dan perempuan, menjadikan suasana itu menyerupai permainan "kahwin-kahwin" yang sering dimainkan oleh kanak-kanak dulu-dulu.

No Image Caption

Selepas tamat tadika, mereka berpisah apabila masing-masing melanjutkan pelajaran ke sekolah rendah yang berbeza, menjadikan itu kali terakhir mereka bersama.

Artikel Berkaitan:

Pada tahun 2022, video persembahan mereka dari 20 tahun lalu dikongsikan semula oleh rakan tadika dan secara kebetulan dilihat oleh ibu Zheng.

Memandangkan Zheng ketika itu masih bujang dan sebagai ibu, beliau bimbang tentang masa depan anaknya. Lantas menyarankan agar lelaki berkenaan mencari gadis dari video tersebut untuk mengetahui sama ada masih bujang atau sudah berkahwin.

Benarlah kata pepatah, kalau sudah jodoh, pasti tidak ke mana. Dengan bantuan guru tadika mereka, kedua-duanya akhirnya ditemukan dan selamat mendirikan rumah tangga.

Walaupun berasa kecewa kerana tidak bertemu lebih awal, namun bersyukur kerana akhirnya selamat bergelar suami isteri.

Jadi, kalian yang masih bujang kat luar sana tu, jangan putus asa dalam mencari teman hidup. Yang penting usaha, mungkin juga jodoh anda masih belum lahir. Siapa tahu, jodoh kan rahsia ALLAH?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang