Bakal sambut puteri sulung, suami mahu anak jadi CEO, Atikah Suhaime harap kahwin anak raja

No Image Caption
A
A
A

SEMAKIN hampir dengan tarikh bersalin, pelakon Datin Atikah Suhaime mendedahkan bakal menyambut anak sulung perempuan.

Memuat naik video bersama suami, Ketua Pegawai Eksekutif Zaitun, Datuk Lokman Teh, pasangan sejoli itu dilihat keluar makan malam bersama sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Pada masa yang sama, pasangan suami isteri ini mendedahkan jantina anak pertama mereka dengan berbual tentang si kecil yang bakal lahir.

Kata Lagenda Budak Hostel itu, beliau mahu anak hiasan serba pink untuk anak mereka.

"Sudah tentu saya akan memilih warna merah jambu, tentu dia menyukainya.

"Saya mahu dia menjadi artistik, bijak dan berdisiplin. Saya rasa nak hantarnya ke kelas balet.

Artikel Berkaitan:

"Beauty with brains, harap-harap dia kahwin dengan anak raja kerana dia sangat bijak," kata Atikah.

No Image Caption

Sementara itu menurut Lokman, beliau mahu puterinya menceburi bidang perniagaan dan sukakan bidang permotoran.

"Saya nak dia jadi macam saya, sukakan kereta dan kapal terbang. Saya mahu dia menyukai hal itu dan bercita rasa tinggi," katanya.

Warganet rata-rata mengucapkan tahniah dan memuji cara pasangan berkenaan mendedahkan jantina cahaya mata yang bakal lahir dengan cara yang begitu 'classy.'

Terdahulu, Atikah mengumumkan kehamilannya ketika usia kandungan mencecah empat bulan kerana bimbang akan mendapat kecaman.

Sekadar info, Atikah berkahwin dengan Lokman pada 20 Januari 2024 selepas lima tahun bercinta dan sebulan mengikat tali pertunangan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang