TIDAK padan dirinya masih kecil, namun nekad seorang budak perempuan berusia lima tahun menyelamatkan dua adiknya selepas terlibat dalam kemalangan ngeri membuatkan warganet kagum.

Ibu bapa mangsa, Cindy Braddock, 25, dan Jake Day, 28, dilaporkan maut di tempat kejadian dan meninggalkan tiga anak mereka yang masih terperangkap di dalam kenderaan.

Lapor CNN, kanak-kanak perempuan itu bersama dua adiknya masing-masing berusia dua tahun dan setahun sebenarnya dalam perjalanan dari Northam menuju ke rumah keluarga ayahnya di Kondinin, Australia.

Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu di laluan Corrigin-Kondinin, kereta mangsa dilaporkan terbabas dan kemudiannya terbalik di kawasan semak berhampiran.

Lokasi kejadian yang terletak kira-kira 280 kilometer (km) dari bandar Perth tersebut agak terpencil dan orang ramai hanya menyedari kejadian terbabit selepas dua hari.

budak perempuan kemalangan

Difahamkan, suhu panas ketika itu mencecah hingga 30 darjah Celsius dan mangsa yang terselamat masih terperangkap di dalam kenderaan yang remuk teruk.

Bayangkan nasib tiga beradik yang masih kecil berkenaan yang terpaksa berlapar dan berpanas di dalam kenderaan lebih 50 jam!

Berdasarkan laporan polis, keluarga malang terbabit dilaporkan hilang selepas tidak muncul pada hari yang dijanjikan sekali gus menimbulkan kebimbangan ahli keluarga yang lain.

budak perempuan kemalangan

Selepas gagal menghubungi mangsa untuk tempoh yang lama menimbulkan kecurigaan buat famili tersebut dan mereka terus melaksanakan misi pencarian.

Dipendekkan cerita, ahli keluarga yang keluar mencari mangsa berjaya menemui serpihan kenderaan kira-kira 10km daripada kediaman mereka.

Baca juga Hilang selepas hiking, misteri kematian pasangan suami isteri, anak dan haiwan peliharaan akhirnya terjawab

Serpihan yang bersepah tersebut membawakan mereka kepada kenderaan milik mangsa yang terbabas.

budak perempuan kemalangan

ANAK JADI HERO

Menurut sepupu mangsa, Michael Read, misi mencari dan menyelamat (SAR) tersebut penuh debaran kerana mereka tidak tahu sama ada mangsa terselamat atau tidak.

“Melihat kenderaan yang terbabas dan terbalik itu, kami mengandaikan semua mangsa tidak terselamat. Namun, kami bersyukur apabila melihat anak perempuan Day masih hidup.

budak perempuan kemalangan

“Apa yang membuatkan kami sebak apabila budak kecil itu bertindak pantas membuka tali pinggang keselamatan adiknya sebelum cuba untuk keluar daripada kenderaan,” katanya.

Menganggap si kecil itu hero, bapa tiri mangsa, Richard Parker menyifatkan misi SAR itu tidak akan berhasil tanpa tindakan kanak-kanak bijak tersebut.

budak perempuan kemalangan

Iklan

“Kejadian ini memberi kesan mendalam buat anak kecil ini dan kita tak tahu apa yang mereka alami sepanjang tempoh tersadai tanpa makanan dan minuman.

“Bukan mudah untuk anak perempuan ini melakukan sesuatu untuk menyelamatkan adiknya dalam keadaan kenderaan yang terbalik. Tuhan masih bersama mereka,” katanya.

Baca juga Tidak kenakan caj, penyelam popular di YouTube bantu merungkai misteri kehilangan wanita

Ketiga-tiga beradik berkenaan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mereka dilaporkan stabil meskipun mengalami hidrasi yang teruk.

budak perempuan kemalangan

Tragedi berdarah di laluan terpencil kerap dilaporkan media seluruh dunia, malah mangsa lambat ditemui gara-gara tiada kesan di tempat kejadian.

Berikut insiden menyayat hati pernah didedahkan media sebelum ini:

Iklan

1. Penemuan mayat mangsa kemalangan, Margaret ‘Jan’ Shupe Smith, 59, yang dilaporkan hilang sejak 2 April tahun lalu di Lakeland, Florida, Amerika Syarikat bersama kenderaan di dasar kolam berhampiran lokasi kejadian.

Baca juga Misteri kehilangan pasangan dari Hickman County terjawab, ini cerita sebenar yang buat ramai tergamam

2. Kejadian kemalangan di Tennessee, Amerika Syarikat melibatkan Jeremy Cook, 39, bersama tunangnya, Johanna Manor, 28, bersama anak perempuannya, Adalicia Manor, 8, selepas dilaporkan hilang pada 16 Januari lalu. Kereta pasangan malang itu ditemui sejauh 125 kaki ke kawasan semak di bawah jambatan.

3. Kisah pengajar yoga, Ellen Chung, 30, yang dilaporkan hilang sejak 16 Ogos lalu bersama suaminya, John Gerrish, 45, bersama anaknya, Miju yang berusia setahun menerima liputan hangat di Mariposa, California, Amerika Syarikat. Punca kematian mereka masih misteri.

Moga insiden yang berlaku memberi iktibar buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi