Emoji 'buah tembikai' banjiri media sosial, 6 fakta sinonim Palestin

A
A
A

Emoji 'buah tembikai' banjiri media sosial, 6 fakta sinonim Palestin

SUARA sokongan dalam talian ke atas Palestin semakin kuat selepas kezaliman rejim Zionis terus menerima kecaman hebat pengguna media sosial.

Kebanyakan platform kini dibanjiri ikon bergambar 'buah tembikai' untuk menzahirkan pendirian jelas terhadap konflik Hamas-Israel.

Berikut fakta penggunaan ikon tersebut;

1. Ia menjadi simbol solidariti dengan Palestin kerana warna merah, putih, hijau dan hitam yang mewakili bendera Palestin selain buah itu yang melambangkan budaya dan identiti negara.

2. Difahamkan, buah tembikai ditanam secara meluas di seluruh wilayah Palestin dari Jenin hingga ke Gaza.

Baca juga Kiblat pertama umat Islam, ini antara sebab kenapa Palestin begitu penting bagi umat Islam

3. Ia turut menjadi simbol penentangan yang digunakan penduduk Palestin untuk membantah penindasan Israel terhadap identiti dan bendera kebangsaan mereka.

4. Idea penggunaan simbol itu pertama kali muncul pada 1967 selepas rejim Tel Aviv menduduki Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis.

5. Pihak berkuasa pada masa itu mengeluarkan perintah tentera melarang paparan bendera Palestin di tempat umum malah meletakkan ia sebagai satu kesalahan jenayah di Gaza dan Tebing Barat.

Baca juga RM135,000, 7 minit terakhir, Hamba ALLAH pembida jam Rolex Dr Zulkifli sebak. ‘Derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, demi Palestin’

6. Simbol itu kembali digunakan secara meluas setelah catatan pro-Palestin mula disekat di kebanyakan platform media sosial.

Sumber: Agensi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang