MANTAN Mufti Wilayah Persekutuan dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Al-Bakri akhirnya telah menemui pembida tertinggi jam Rolex miliknya.

Lebuh menarik, jam tersebut dibida pada harga tertinggi itu hanya beberapa minit menjelang waktu penamat iaitu 31 Oktober 2023, jam 12.00 tengah malam.

“Seutas Rolex bertukar pemilik demi Palestin. Alhamdulillah, telah sempurna penyerahan jam Rolex saya yang merupakan derma kurnia Raja Arab Saudi, Duli Yang Maha Mulia Al-Malik Salman bin Abdulaziz Alsaud hafizahullahu ta’ala kepada pemilik baharu, seorang ‘Hamba Allah’ dari Pasir Gudang, Johor.

Baca juga: Mulianya hati, Dr Zulkifli infak jam Rolex hadiah Raja Saudi untuk Palestin, bidaan bermula RM40,000

“Saya tanya beliau, “Mengapa terdetik untuk membida dengan nilai RM135,000 pada tujuh minit terakhir sebelum ditutup pada jam 12 tengah malam semalam?”

“Pembida ini sebak dan menangis. Jawapannya kerana ia adalah derma kurnia Raja Arab Saudi, milik saya, dan demi Palestin,” jelas Dr Zulkifli.

Berkongsi foto menyerahkan jam berkenaan kepada pemilik baharu, pendakwah itu turut berkongsi pengagihan wang hasil lelongan yang akan disalurkan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Baca juga: ‘Sebahagian hasil ini kita derma ke Palestin.’ Aeril Zafrel jual Lamborghini

“Saya dalam perjalanan ke Abu Dhabi untuk menghadiri mesyuarat tahunan bersama Syeikhul Azhar dan akan singgah sebentar ke Jordan untuk menyerahkan sendiri RM100,000 kepada pelarian Palestin di Amman, melalui Muslim Care Malaysia.

“Baki RM35,000 akan diserahkan bermula esok kepada lapan NGO terpilih iaitu MERCY Malaysia, Global Peace Malaysia, Cinta Gaza, Aqsa Syarif, PAS Relief, MAPIM, Aman Palestin dan MyFundAction.

“Sehingga saat ini, Palestin masih berdarah. Terbaharu saya terima info, kem pelarian Palestin di Jabalia pula dibom tentera Zionis Israel.

Iklan

“Saya sayang jam ini tetapi saya lebih sayang saudara kita di Palestin. Semoga ini menjadi sejuzuk kecil saksi pengorbanan kecil kami untuk Palestin.
لَنْ تَنَالُوا الْبِرَّ حَتّٰى تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ ۗوَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْءٍ فَاِنَّ اللّٰهَ بِهٖ عَلِيْمٌ
Maksudnya: “Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apa pun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, ALLAH Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 92),” titip beliau.

30 Oktober lalu, Dr Zulkifli membuat lelongan jam berjenama mewah itu yang merupakan cenderamata diterimanya daripada Raja Saudi, Raja Salman Abdulaziz pada tahun 2017.

Dr Zulkifli dalam hantaran di Facebook membuka bidaan jam berkenaan pada harga RM40,000 dengan kenaikan RM100 ke atas.

Mulianya hati sanggup menginfakkan barang kesayangan demi saudara Islam yang memerlukan. Semoga sifat yang pemurah ini menjadi ikutan kita semua.

Iklan

Baca juga: ‘Tak lama lagi Gaza musim sejuk,’ Khairul Aming sumbang RM100,000 kepada Palestin

Sumber: Dr Zulkifli

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!