LAZIMNYA, kes kehilangan kanak-kanak lebih 48 jam berakhir dengan kematian sadis.

Dalam kebanyakan laporan polis, nyawa mereka menjadi pertaruhan sama ada terlibat dalam kejadian penculikan, mangsa perdagangan manusia atau pun menjadi keldai dadah.

Jika menonton sebuah filem yang diinspirasikan kisah benar, seorang kanak-kanak malang yang hilang di taman permainan diculik individu tidak bertanggungjawab untuk dijadikan pengemis.

cleo budak hilang

Lebih sedih, kaki dan tangan kanak-kanak tersebut dipotong demi meraih simpati orang dan paling teruk, sanggup dibutakan atau dibisukan bagi mengelak mereka mengadu kepada orang ramai.

Sedih memang sedih. Bayangkan kanak-kanak yang masih tidak tahu apa-apa dipaksa berkerja dengan cara yang sangat kejam.

Kes pemerdagangan manusia juga dikatakan masih berlaku. Organ dalaman mereka diambil dan dijual di pasaran gelap. Terdapat juga yang dijadikan hamba seks di pusat pelacuran.

Cleo budak hilang

Pun begitu, kisah Cleo Smith yang hilang selama 18 hari di Carnavon, Australia baru-baru ini cukup memberi kesan kepada semua termasuk warganet.

Lapor dailymail.co.uk, kehilangan kanak-kanak berusia 4 tahun itu di sebuah tapak perkhemahan terpencil di Blowholes pada 16 Oktober lalu mengejutkan ramai pihak.

Mana tidaknya, si kecil itu dikatakan dilarikan oleh seseorang dari khemahnya kira-kira jam 1.30 pagi tanpa disedari ahli keluarganya, sedangkan ketika itu ayah dan ibunya berada berhampiran.

Lebih membingungkan, tiada klu yang membantu siasatan selepas menyoal siasat ibu mangsa, Ellie Smith dan pasangannya, Jake Gliddon.

Cleo budak hilang

Pihak polis turut menyiasat lebih 100 pengunjung tapak perkhemahan tersebut dan turut membongkar sampah sepanjang laluan demi mencari petunjuk.

Kehilangan Smith turut membuatkan pemerintah ketika itu sanggup menawarkan ganjaran berjumlah lebih RM4.1 juta kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan tersebut.

Baca juga Hilang selepas hiking, misteri kematian pasangan suami isteri, anak dan haiwan peliharaan akhirnya terjawab

Ramai yang mengandaikan budak perempuan itu sudah dibunuh kerana sudah hilang pada tempoh cukup lama, malah turut mengesyaki bapa kandung menjadi dalang.

Namun, semuanya menemui jalan buntu.

Hari berganti hari dan pihak polis bersama komuniti setempat tidak berhenti berusaha mencari Smith yang dipercayai masih hidup.

Iklan

Cleo budak hilang

Namun siapa sangka, hasil risikan berterusan menemui si kecil berambut perang itu dalam keadaan baik di dalam rumah terkunci pada jam 1 pagi.

Sebaik sahaja pasukan polis berjaya merempuh masuk rumah berkenaan dan menyelamatkan budak tersebut di salah sebuah bilik, mereka terus bertanyakan nama kanak-kanak tersebut.

Baca juga Sesat dalam hutan, panggilan telefon, SMS tak berjawab. Ini kesudahan yang berlaku pada pendaki ini

Tatkala budak perempuan itu menjawab ‘nama saya Cleo’ membuatkan pasukan polis tersebut lega kerana pencarian berakhir dengan berita gembira.

Tidak tahu apa motif penculikan tersebut kerana lelaki yang ditahan masih dalam siasatan pihak polis.

Iklan

Cleo budak hilang

Pun begitu, menjadi satu khabar menggembirakan buat ahli keluarga Smith yang tidak berhenti berharap untuk menemui anak mereka dengan selamat.

Apapun, memang satu keajaiban apabila kanak-kanak perempuan tersebut ditemui dalam keadaan sihat dan baik.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Barangkali kehilangan Smith menjadi pengajaran kepada semua supaya lebih berhati-hati ketika beriadah bersama keluarga terutamanya di kawasan terpencil.

Malang memang tidak berbau dan ibu bapa perlu menggandakan tumpuan ketika berada di luar meskipun kita merasakan anak-anak ‘selamat’ berhampiran kita. #kitajagakita #kitalaluibersama