SESAL dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Gara-gara ingin menyembunyikan wang daripada isteri, seorang lelaki terpaksa menerima kenyataan wang simpanan bernilai puluhan ribu rosak setelah digigit tikus.

Lelaki berkenaan bertindak menyembunyikan wang berjumlah 45,000 Baht (RM5,617) di dalam bonet hadapan keretanya terpaksa berputih mata apabila wang tersebut digigit haiwan perosak itu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok @dyfo6zku7dh6. Menurutnya, lelaki berkenaan menyembunyikan wang tersebut daripada si isteri dengan meletakkan wang itu di bahagian bonet hadapan kenderaannya yang bersambung dengan bahagian papan pemuka (dashboard).

Mungkin dia menganggap bonet kereta adalah tempat yang selamat, lelaki berkenaan terkejut apabila mendapati wang kertas miliknya itu berlubang dan mempunyai kesan gigitan tikus.

Ibarat jatuh ditimpa tangga. Tidak sekadar menggigit wang berkenaan lagi, tikus dikatakan turut mengakibatkan kerosakan kepada kenderaan lelaki itu.

Warganet yang menonton video berkenaan menzahirkan simpati atas nasib yang menimpa lelaki tersebut.

@dyfo6zku7dh6ฝากไว้นะครับสำหรับพวกที่จะเก็บเงินซ่อนเมียไว้ให้กับอีหนูมีนะครับเงิน 45000บาทน้องหนูใช้ไป35000บามเหลือเอาไวไห้ดูต่างหน้า10000เดี๋ยว5555?

♬ เจ็บใจแทบพังแต่เฮ็ดหยังบ่ได้ – ⭐.ดำ’สุราษฎร์’สจ.พัฒนา’.⭐

Sayang melihat wang tersebut terbuang begitu sahaja, ada diantara warga maya yang menyarankan supaya lelaki itu menukar wang tersebut di Bank of Thailand.

Difahamkan bank berkenaan menerima pertukaran wang yang rosak.

Iklan

Baca juga: Gorila Pernah Viral Kerana Swafoto, Mati Dalam Pelukan Penjaga

Di Bank Negara Malaysia, berikut adalah keadaan yang membenarkan wang kertas ditukar kepada yang baharu.

Iklan
  1. Lembik – Lipatan yang berlebihan pada duit kertas tersebut (menyebabkan kerosakan dan berubah bentuk duit kertas tersebut)
  2. Kotor – Duit kertas menjadi kotor keseluruhan atau menjadi bertompok-tompok.
  3. Renyuk – Lipatan secara rawak meliputi keseluruhan duit kertas sehingga keadaan visual duit itu terjejas dan menjadi kecut.
  4. Luntur Warna – warna duit kertas menjadi luntur akibat telah terkena bahan kimia atau pun dibasuh.
  5. Conteng – Terdapat lakaran atau simbol lukisan pada permukaan duit kertas.
  6. Koyak – Terdapat koyakan pada mana-mana bahagian duit kertas.
  7. Ubah Suai – Duit kertas yang dicantum menggunakan pita pelekat ataupun gam.
  8. Berlubang – Duit kertas mempunyai lubang melebihi saiz 5 milimeter.
  9. Lipatan Bucu – Lipatan bucu yang tidak boleh dipulihkan, lebar atau panjang duit kertas itu menjadi kurang melebihi 5 milimeter.
  10. Cantuman – Duit yang telah terpisah bahagiannya kemudian dicantumkan.
  11. Terbakar / dimakan anai-anai – Kerosakan akibat dimakan anai-anai atau terbakar melebihi 5 milimeter pada mana-mana bahagian duit kertas tersebut.
  12. Hilang ciri-ciri – Salah satu ciri keselamatan didapati rosak atau hilang apabila diperiksa.

Baca juga: Uniknya Kanak-Kanak Ini, Miliki Nama 19 Perkataan, Keluarga Bimbang Tak Dapat Sijil Kelahiran

Baca juga: [VIDEO] Raih 14 Juta Tontonan, Aksi Ular Besar Melingkar Atas Kabel Elektrik Tengah Bandar

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: The Smart Local Thailand, Majalah Labur