KENTUT adalah sesuatu yang sering menjadi bahan lawak dan pertikaian.

Kalau mahu difikirkan balik, memang ya. Jika mahu lepaskan angin, perlu patuh kepada ‘adab-adabnya’. Janganlah ‘melepas’ di kawasan terbuka.

Namun, kes yang berlaku seperti yang dilaporkan oleh Daily Star memang susah sedikit admin nak hadam.

Merujuk artikel tersebut, seorang wanita Cara Clarke, 19, dikejarkan di hospital gara-gara menahan kentut sepanjang dua tahun bersama kekasihnya.

Disebabkan itu, Clarke yang berasal dari Ireland terpaksa menjalani pembedahan kecemasan gara-gara mengalami sakit perut yang keterlaluan dan turut didiagnosis mengalami apendiks.

Baca juga Pelajar bertumbuk sebab kena ejek, polis beri amaran keras

Ujar barista, dengan semua yang berlaku ke atas dirinya kini, teman lelakinya, Kyle Duffy, 21, tergelak besar sebaik mengetahui ‘usahanya’ untuk menahan kentut sehingga menyebabkan beliau dibedah.

Bagi Dufft, buang angin merupakan sesuatu yang normal, cuma perlu cari tempat yang lebih privasi untuk ‘melepaskannya’.

Pengakuan mereka tentang kisah tersebuy divideokan dan dimuat naik ke laman sosial, TikTok.

Setakat artikel ini ditulis, rakaman telah menerima lebih daripada 2 juta tontonan dan mendapat lebih daripada 214,000 suka.

BAHAYA

Kepada Daily Star, Clarke menceritakan bagaimana detik beliau dimasukkan ke hospital.

Katanya, beliau mengalami sakit perut yang melampau sebelum mengambil keputusan berjumpa doktor dalam keadaan yang terlalu sakit seperti berada dalam keadaan histeria.

“Doktor sempat berseloroh dengan minta maaf kepada saya disebabkan kesakitan saya ini.

“Di hospital, saya sempat menyalahkan teman lelaki saya kerana dia, saya selalu menahan kentut. Namun, dia hanya ketawa bila mengetahui hal ini,” katanya yang keluar hospital selepas dua hari mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pembedahan yang dilakukan tidak serius. Beliau kemudian dibekalkan dengan ubat penahan sakit dan akan kembali bekerja dalam minggu depan.

Iklan

Dalam pada itu, Hello Doktor berkata, menahan kentut boleh menyebabkan beberapa masalah kesihatan.

Dalam jangka masa pendek, perbuatan itu boleh beberapa perkara berlaku. Antaranya seperti:

-Kesakitan
-Perut yang tidak selesa
-Perut kembung
-Berasa senak
-Pedih ulu hati
-Percubaan bagi menahan kentut daripada terkeluar akan menyebabkan peningkatan tekanan dan ketidakselesaan pada badan.

Tambah Hello Doktor lagi, antara makanan yang boleh dielakkan bagi mengurangkan kekerapan kentut adalah

-Bawang putih
-Kobis
-Cendawan
-Aprikot
-Mangga
-Epal
-Tembikai
-Gandum
-Produk tenusu
-Makanan mengandungi pemanis tiruan

Seperti yang diperkatakan tadi, Hello Doktor juga menyatakan, kentut adalah perkara dan proses yang normal yang dilakukan badan terutamanya dalam proses pencernaan.

Iklan

“Semua orang di dunia ini kentut dan kita tidak perlu rasa malu mengenainya,” kata portal itu.

Hmmm….macam-macam kan?

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI