Gelang perubatan dan jam tangan pintar antara hadiah berguna kepada mak-mak penghidap diabetes
Gelang perubatan dan jam tangan pintar antara hadiah berguna kepada mak-mak penghidap diabetes
KEPADA anda yang masih sibuk, tinggalkan seketika kerja sementara waktu dengan membaca artikel.
Kami cuma mahu remind bahawa pada Ahad ini, 14 Mei ini adalah tarikh sambutan Hari Ibu Sedunia.
Jadi, semestinya bagi menghargai jasa mereka yang telah melahirkan dan mendidik kita sejak dari kecil, kena fikirkan hadiah yang istimewa.
Dalam artikel ini, kami mahu mengkhususkan kepada ibu-ibu yang menghidap diabetes. Agaknya apa hadiah yang sesuai untuk diberi?
The diaTribe Foundation yang merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat mencadangkan 13 hadiah yang sesuai.
NGO itu juga telah mendapatkan pandangan daripada Pengarah Persatuan Diabetes, Integrated Diabetes Services, Jennifer Smith.
Smith sendiri merupakan pesakit diabetes tahap satu dan ibu kepada dua orang cahaya mata yang masing-masing berusia 10 dan enam tahun.
Berikut cadangan hadiah yang dikongsikan:
1) Semburan bantal, Sleep Calming Pillow Mist daripada The Body Shop
Pesakit diabetes adakalanya mengalami kesukaran atau gangguan untuk tidur pada waktu malam.
Sedikit semburan bauan lavender itu pada bantal atau cadar boleh membantu seseorang untuk lebih mudah tertidur.
Ini kerana lavender mempunyai kesan yang menenangkan sekali gus membuatkan penggunanya mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.
Baca juga: Jangan lepaskan promosi menarik Eat Cake Today sepanjang Ramadan dan Hari Ibu
2) Mesin urut kaki
Pesakit diabetes perlu menjaga kesihatan kaki dan memastikan aliran darah yang baik. Justeru, adalah penting untuk pesakit memakai stoking agar kaki tidak terlalu panas atau sejuk.
Membeli mesin urut kaki pasti membuatkan si ibu gembira. Mesin tersebut boleh membantu mengurut kakinya dan tidak lagi perlu menyusahkan anak-anak.
3) Minyak urut
Seperti yang kita tahu, ramai penghidap diabetes mengalami kulit kering. Ini kerana badan memerlukan air untuk mencairkan paras glukosa tinggi dalam darah.
Ceramide yang menjadi bahan utama dalam minyak urut tersebut dapat membantu mencegah dan menyembuhkan kulit kering. Ia juga boleh melembabkan kulit si pemakai.
4) Perkhidmatan penyediaan makanan pesakit diabetes
Pesakit diabetes memerlukan diet khas dan penyediaan makanan yang sihat adalah cabaran kepada si anak.
Semasa kecil, ibu sentiasa memastikan makanan yang kita makan adalah berkhasiat dan seimbang.Apa kata anda berbuat perkara sama dengan mengambil perkhidmatan penyediaan makanan khusus untuk beliau.
Makanan sihat dan bernutrisi yang dihantar ke rumah setiap minggu boleh membantu mereka makan dengan berselera.
5) Bakul hadiah makanan tanpa gula
Tiada yang lebih tertekan bagi seorang pesakit apabila tidak dapat menikmati snek kegemaran mereka.
Ini kerana snek terjual di pasaran biasanya tinggi kandungan gula.
Justeru, bakul hadiah mengandungi gula-gula getah, coklat tanpa gula, popcorn dan kacang campuran itu pasti membuatkan wanita kesayangan lebih ceria kerana dapat menikmati snek kesukaannya.
6) Bekas air geometri
Salah satu simptom gula tinggi dalam darah adalah mulut kering dan dahaga yang melampau.
Jadi, pasti tiada ibu yang akan menolak pemberian hadiah berupa bekas air cantik tersebut.
Ia memudahkan mereka untuk letak di tepi katil pada waktu malam.
6) Lukisan struktur insulin
Insulin bukanlah ubat untuk diabetes tetapi ia adalah satu rawatan.
Cetakan seni yang menarik perhatian daripada Etsy misalnya, kelihatan cantik apabila digantung pada dinding.
Ia secara tidak langsung menggembirakan mereka yang bergantung kepada suntikan insulin.
8) Baju kemeja
Mereka gayakan ketika berjalan, mendaki, berkebun atau melakukan aktiviti luar yang lain. Ia secara tidak langsung memberi keselesaan kepada si pemakai.
9) Aksesori cermin mataRetinopati, edema makula, katarak dan glaukoma adalah antara masalah mata yang sering dihidapi pesakit diabetes.
Mereka biasanya perlu memakai kaca mata namun mak-mak biasanya mudah terlupa di mana beliau meletakkan alat tersebut.
Pemberian rantai penggantung kaca mata memudahkan urusan hariannya.
10) Beg pinggang mini
Barangan peribadi biasanya dibawa bersama ketika bersenam.
Untuk tidak memberatkan seorang ibu membawa banyak benda, beg pinggang mini keluaran Lululemon itu membolehkan beliau meletakkan keperluan insulin, telefon pintar dan barangan lain.
11) Gelang pengenalan kesihatanPersatuan Diabetes Amerika Syarikat berpendapat gelang pengenalan kesihatan membantu menyelamatkan nyawa.
Oleh yang demikian, pakar menyarankan mereka yang menghidap tekanan gula rendah memakai gelang atau rantai yang menyatakan penyakit yang dihidapi.
12) Langganan premium aplikasi Calm
Kira-kira 40 peratus pesakit kencing manis mengalami ketakutan dan kebimbangan tentang kehidupan.
Bagi mengurus kesihatan mental yang dialami, aplikasi Calm yang terkenal untuk tidur, meditasi dan bersantai itu boleh membantu mereka mendapatkan rehat yang diperlukan.
Baca juga: Bukan saja manusia, kucing pun boleh dapat penyakit jantung, diabetes kalau obes
Baca juga: Istimewa Hari Ibu, Am’ma ketengah naskhah menusuk kalbu
13) Jam tangan pintar
Aktiviti bersenam secara teratur penting untuk penghidap diabetes.
Penggunaan peranti tersebut memudahkan penggunanya merekod bacaan gula dalam darah, aktiviti, tidur, makanan dan banyak lagi.
Kebanyakan hadiah yang disenaraikan banyak dijual di Malaysia dan terdapat beberapa pilihan jenama.
Jadi, apa lagi, masih ada masa untuk belikan hadiah untuk ibu tersayang.
Pasti mereka gembira walau apa yang dibelikan bukannya mewah. Paling penting, kita ikhlas.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang