BAGI meraikan Hari Ibu yang bakal disambut esok, syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd (DAW) muncul dengan karya istimewa iaitu sebuah telefilem berjudul Am’ma yang ditayangkan di saluran TVOkey, jam 3 petang, Ahad.

Telefilem arahan pengarah berkaliber Sabri Yunus itu menampilkan pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-29, Sangeeta Krishnasamy, Kashika Selvam, Angeline Tan dan Armand Ezra.

Penerbitnya, Datuk Muhammad Razlan Ismail berkata, Am’ma asalnya adalah naskah filem pendek nukilan terbaik daripada Pembangun Kandungan DAW Cik Syazana Ghani.

Dari kiri, Penolong Pengarah Man Kobena, Sabri Yunus, Penerbit Datuk Razlan Ismail dan Pengarah Fotografi Shah Faizul.
Dari kiri :  Penolong Pengarah, Man Kobena; Sabri Yunus; Penerbit, Datuk Razlan Ismail; dan Pengarah Fotografi, Shah Faizul.

“Warna kehidupan filem pendek, Am’ma ini amat selari dengan pegangan karya DAW dalam mengangkat kisah-kisah orang kecil masyarakat kita di Malaysia tanpa mengira siapa, warna dan mahupun agama.

“Filem pendek ini sebaiknya di layar besarkan agar ia sempurna untuk dijiwai oleh seluruh rakyat Malaysia bagi memahami kisah kita dan kisah seorang ibu.

“Idea dan naskhah ini terus dirujuk kepada idolanya yang juga mentor, arkitek seni dan perfileman negara, Sabri Yunus.

“Menerusi Sabri Yunus, Am’ma diolah dan diadun sempurna bagi menjadikan ia sebagai sebuah karya yang akan turut dingati dan paling penting, dijiwai oleh seluruh masyarakat yang menontonnya,” katanya.

Menariknya, filem pendek ini juga sudah memenangi anugerah bagi beberapa kategori di pertandingan filem pendek antara universiti di Malaysia dan tersenarai sebagai finalis di FITAWAVE Short Film Awards pada 2019 yang lalu.

Sangeeta dan Angeline
Sangeeta dan Angeline menjadi antara dua tonggak penting dalam Am’ma.

Razlan berkata, pihaknya yakin Am’ma bakal menjadi naskhah yang diingati.

“DAW juga amat bersyukur apabila pihak RTM menyambut baik telefilem ini melalui proses ‘pitching’ yang diadakan tahun lalu.

“Saluran TVOkey juga bersetuju untuk mengangkat karya ini sebagai sebuah telefilem khas sempena Hari Ibu tahun ini.

“DAW menjanjikan Am’ma bakal menjadi naskah yang diminati dan diingati oleh peminat drama tanahair dan seluruh masyarakat Malaysia amnya,” katanya.

Sabri Yunus
Am’ma diarahkan oleh Sabri Yunus.

Sementara itu, Sangeeta berkata dia sudah lama teringin bekerjasama dengan S

abri Yunus yang menyifatkan hasil kerjanya penuh kesenian, unik dan mendalam.

Iklan

“Apabila pertama kali dengar jalan cerita, saya berasa terharu yang Abg Sabri amanahkan kepada saya watak ini iaitu seorang ibu tunggal yang pekak dan bisu.

“Jalan cerita ini sangat dekat kepada realiti hidup orang kurang upaya (OKU) yang tidak berkemampuan di luar bandar.

“Sewaktu menjalani penggambaran di Kuala Pilah, Negeri Sembilan saya juga melihat keadaan dan cabaran harian yang dilalui oleh anak muda di situ yang membuat saya lebih memahami situasi mereka,” katanya.

Dalam masa sama, Sangeeta juga pelakon filem Adiwiraku berkata telefilem Am’ma begitu dekat di hatinya.

Iklan

“Cerita ini sangat dekat di hati saya, sebab ia mengangkat hubungan antara seorang ibu yang tidak boleh bercakap, tidak berpelajaran tinggi disebabkan keadaan hidup dan seorang anak yang tidak tahu ‘sign language’ yang inginkan kasih sayang ibunya dan bagaimana mereka mengatasinya melalui salah faham yang timbul,” katanya.

Kashika dan Armand
Kashika dan Armand memperhebatkan lagi naskhah Am’ma.

Am’ma mengisahkan konflik diantara seorang ibu OKU (pekak dan bisu), Devika lakonan Sangeeta dan anak perempuannya, Anju (Kashika) yang normal.

Perhubungan mereka sentiasa tegang akibat masalah komunikasi yang tidak sempurna antara mereka.

Namun, secara diam anaknya cuba dalam memahami ibunya dan mempelajari bahasa isyarat.