BAGI menjadikan salah sebuah negara bebas daripada asap rokok, New Zealand mengumumkan untuk melarang rakyatnya yang lahir selepas tahun 2004 merokok.

Langkah itu juga sebahagian daripada cadangan yang sedang dipertimbangkan oleh penggubal undang-undang.

Kerajaan New Zealand turut membincangkan nikotin yang dibenarkan dalam produk tembakau, menetapkan harga minimum untuk tembakau dan lokasi di mana tembakau dan rokok dibenarkan dijual.

Selain itu, negara itu juga sedang mempertimbangkan untuk menetapkan umur perokok yang dibenarkan, di mana sesiapa saja yang lahir setelah tahun 2004 akan dilarang daripada membeli rokok.

Menteri Kesihatan Bersekutu, Dr Ayesha Verrall mengumumkan kenyataan itu dan berkata negara itu memerlukan pendekatan baru.

Menurutnya, seramai 4500 warga New Zealand meninggal dunia setiap tahun akibat tembakau dan mereka perlu membuat pembaharuan yang cepat agar dapat mencapai tujuan itu [bebas rokok 2025].

Katanya, perniagaan seperti biasa tanpa program kawalan tembakau tidak akan membawa kejayaan tersebut.

“Polisi terbaharu generasi bebas-rokok akan melarang penjualan, dan pembekalan di tempat awam, produk tembakau ke kumpulan baru dari tarikh yang ditentukan.

“Sebagai contoh, jika undang-undang dimulakan pada 1 Januari 2022, maka orang yang berusia lebih muda dari 18 tahun pada masa itu atau mereka yang lahir selepas 1 Januari 2004 adalah dilarang untuk membeli produk tembakau,” ujarnya.

Usul tersebut disambut baik oleh sebilangan organisasi kesihatan awam.

15 cara murah kurangkan ketagih merokok

Ketua eksekutif Persatuan Kanser, Lucy Elwood mengatakan usul tersebut sangat bagus bagi membantu orang untuk berhenti merokok.

Iklan

Dia menyatakan bahawa jumlah peruncit tembakau adalah empat kali lebih tinggi di komuniti berpendapatan rendah, di mana kadar merokok tertinggi.

Ketidaksamaan yang ketara inilah sebab mengapa kita perlu melindungi generasi akan datang dari bahaya tembakau.

Baca juga 99 hari menuju Olimpik Tokyo 2020 di musim pandemik. 10 fakta menarik ini anda mesti tahu

Katanya juga, tembakau adalah produk pengguna yang paling berbahaya dalam sejarah dan perlu dihapuskan.

Iklan

Bagus juga jika negara kita turut mengambil pendekatan yang sama.

Merokok membahayakan kesihatan!

Sumber : theguardian