Genius! Budak 3 tahun ahli Mensa termuda UK, suka buat Matematik sampai berdarah hidung, kira 1-100 dalam 7 bahasa

A
A
A

GENIUS! Kanak-kanak, Teddy Hobbs menjadi ahli ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi global iaitu Mensa. Mempunyai tahap kecergasan minda (IQ) 139/160, si comel itu dikatakan sangat menggemari Matematik.

Kanak-kanak itu juga boleh mengira satu hingga 100 dalam tujuh bahasa termasuk Mandarin, Welsh, Perancis, Sepanyol dan Jerman.

Teddy atau nama penuhnya Theodore Hobbs dari Somerset, England kini berusia empat tahun menjadi ahli persatuan elit itu ketika usia tiga tahun sembilan bulan.

Baca juga: Genius, IQ Bella lebih 130, ikuti kem Permata Pintar, Dr Sheikh Muszaphar dedah 8 perkembangan tika kecil

Ciri genius pada Teddy memang hebat. Tanpa tunjuk ajar, anak sulung daripada dua adik beradik itu belajar membaca sendiri pada usia dua tahun empat bulan dan kini mampu membaca buku Harry Potter. Sedang kanak-kanak seusianya bertatih mengenal abjad, si kecil itu sudah pintar bermain ‘Word Search’.

Keputusan kecergasan minda Teddy 139 daripada 160 diperolehi daripada ujian Stanford Binet dan mengejutkan ibu bapanya.

Ibunya, Beth Hobbs, 31, dan bapa, Will, 41, tidak pernah menjangkakan anak sulung mereka menyertai kumpulan elit itu.

 

Baca juga: Kanak-kanak Muslim 11 tahun lebih genius daripada saintis Albert Einstein dan Stephen Hawking. Ini cerita ibunya

“Kami diberitahu bahawa tiga adalah umur paling muda diterima ke Mensa di UK, walaupun ada seorang di Amerika Syarikat berusia dua tahun.

“Sejujurnya ia adalah satu kebetulan. Kami tidak pernah merancang untuk mendapatkan kemasukan ke Mensa untuk Teddy.

“Penilaian itu dilakukan kerana Teddy akan mula bersekolah pada bulan September ini,” kata

Anak berkebolehan mengira dalam tujuh bahasa, ibu itu sering berjenaka dengan suami, sementelah mereka bukanlah ahli bahasa.

“Kami tidak pasti bagaimana Teddy jadi begini (genius). Suami dan saya bukan ahli bahasa. Jadi kami selalu bergurau bahawa pakar embriologi mesti tergelincir jarum atau buat sesuatu yang menjadikannya Teddy seperti ini,” kata Beth.

Teddy dan adik perempuannya adalah bayi hasil daripada persenyawaan in-vitro atau singkatnya IVF .

Baca juga: Kanak-kanak genius kuasai 8 bahasa, kenali Bella Devyatkina

Beth berkata ciri genuis Teddy memberikan pelbagai impak. Teddy kini kurang berminat melakukan perkara yang biasa disukai kanak-kanak lelaki iaitu seperti bermain games atau menonton kartun pada tablet yang dibeli ibu bapanya.

“Dia suka menggunakan aplikasi untuk mencuba dan belajar mengira hingga 100 dalam bahasa Mandarin dan bahasa lain.

“Dia juga suka duduk dan membaca jadual waktu. Pernah satu masa Teddy sangat teruja dengan pecahan Matematik sehingga berdarah hidung,” kata Beth.

Buat masa ini Beth memberitahu Teddy bercita-cita menjadi doktor kerana sering bermain doktor di taska.

"Tetapi jika anda bertanya kepadanya apa yang dia mahu, dia akan kata mahu fokus menjadi Teddy sahaja," kata Beth.

Baca juga: 13 tahun ambil jurusan perubatan, ibu dedah keistimewaan anak- “3 tahun boleh baca 1 bab buku”

Mensa ialah kumpulan antarabangsa untuk individu yang sangat pintar yang ditubuhkan pada tahun 1947 dan kini mempunyai 140,000 ahli dari seantero dunia.

Mensa hanya menerima ahli yang melebihi skor IQ 132 bagi Ujian Stanford Binet dan 148 bagi Ujian Cattel dan 130 bagi Ujian Wechsler.

Pada tahun 2020, seorang kanak-kanak Malaysia bernama Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim menjadi ahli termuda Mensa pada usia tiga tahun.

Pada tahun 2022, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Isla McNabb dari Crestwood, Kentucky menjadi ahli Mensa termuda di Amerika Syarikat.

Baca juga: Kanak-kanak perempuan genius seni jadi guru cilik di sekolah, kumpul lebih 800 piala juara

Sumber: Daily Mail

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang